Selamat Datang ke Blog Kekal Muda



Blog ini mengandungi info dan rujukan mengenai ilmu Color Vibration Therapy(CVT). CVT merupakan ikhtiar untuk merawat pelbagai jenis penyakit termasuk kritikal, kronik dan yang dianggap oleh rawatan alopati sebagai tiada harapan untuk sembuh seperti kanser dan sebagainya. Oleh itu, amat wajar untuk kita menyatakan bahawa CVT adalah alternatif kepada rawatan alopati.

Sebarang pertanyaan atau pesanan produk bolehlah diajukan kepada :

Muhammad Wafi Mohd Noor
14, Lebuh Wira Jaya,
Taman Rapat Setia Baru,
31500 Ipoh, Perak.

No HP : 017-5265105
Email : wafi_17@yahoo.com
YM id : nistelro0y / wafi_17@yahoo.com

4 Ogo 2007

Debaran atau Darah Gemuruh

Pernahkah anda merasa berdebar atau darah gemuruh ketika ingin tampil ke khalayak atau menghadiri temuduga atau ingin menempuh sesuatu seperti ingin berucap, menayakan soalan dalam sesuatu majlis dan sebagainya?

Jika ada, itu adalah simptom kelemahan di bahagian tekanan darah, jantung dan medulla ablongata.

Fenomena Debaran dan "Kuasa Tarikan"

Debaran berlaku apabila seseorang itu tampil dengan hanya membawa fizikal dan mental sahaja. Tanpa membawa sekali spitirual dan emosi, seseorang akan menjadi berdebar, tidak menguasai keadaan malah dikuasai oleh khalayak.

Kuasa Tarikan (juga dikenali sebagai "The Low of Attraction") bagi orang yang berdebar ialah mereka tidak ada kesediaan sebaliknya mereka "disediakan". Maksudnya mereka tampil bukan kerana itu kehendak mereka tetapi mereka diaturkan sedemikian oleh komuditi, organisasi, individu atau khalayak.

Untuk mengatasi masalah ini, kita perlu ada keyakinan dan persediaan yang secukupnya. Penyerahan kepada Allah hendaklah tinggi kerana Dia lah yang Maha Menguasi dan Maha Mengaturkan kita.

Orang yang berdebar, pusat kelemahan bahagian spiritual ialah Medulla Ablongata dan pusat kelemahan bahagian emosi ialah Jantung.

Sebelum debaran berlaku, darah yang lemah pengalirannya telah menjadikan seseorang merasa bimbang dan kurang keyakinan. Kebimbangan ini menjadikan dirinya tidak bersedia atau memaksa diri membuat persediaan di saat akhir. Semakin lewat sesuatu persediaan maka semakin tinggi lah kebimbangan. Kebimbangan ini akan berterusan hingga sampai saat yang ditetapkan untuk muncul. Ketika itulah debaran sudah tidak dapat dikawal lagi (sebenarnya masih boleh dikawal jika betul caranya, insya Allah). Kebimbangan akan menjadikan tekanan darah tidak menentu. Tekanan tidak menentu ini akan mejejaskan rentak Jantung. Rantak jantung dikawal oleh Medulla Ablongata. Medulla Ablongata akan turut terjejas kerana menanggung tekanan memaksa diri untuk tampil tanpa persediaan dan keyakinan.

Tetapi sekiranya seseorang itu kuat spiritual (Medulla Ablongata) dan emosi (Jantung), kelemahan pada bahagian darah tidak akan menyebabkan debaran.

Debaran Dan Tekanan Perasaan

Medulla Ablongata boleh menjadi lemah disebabkan lemahnya Pankreas. Pankreas yang lemah akan menyebabkan insulin dan glikogen tidak dapat dirembaskan. Glikogen bertindak menutralkan urik asid dan insulin bertindak menutralkan gula. Gua juga merupakan asid dan kandungan gula dalam darah juga akan meningkat jika Pankreas lemah. Pankreas mengawal pemikiran kita yang berkaitan dengan diri orang lain. Penyakit hasat atau tidak puas hati dengan orang lain adalah karektor yang berkaitan dengan kelemahan Pankreas (mengikut Hukum Keseimbangan).

Semakin tinggi urik asid dalam darah, maka semakin penting peranan Jantung untuk mengawal kadar tekanan supaya urik asid tidak menjejaskan tubuh. Jantung dibina daripada otot yang sangat kuat dan tidak mudah untuk lemah. Tekanan Jantung dikawal oleh Medulla Ablongata. Tugas mengawal rentak jantung oleh Medulla Ablongata adalah sangat berat dan ia tidak boleh berlaku serentak dengan kawalan tekanan persekitaran luar tubuh (iaitu kerja dan sosial). Akibatnya seseorang akan merasa tertekan. Tekanan juga penyebab kepada tidak bersedia dan menjadikan debaran.

Debaran dan Sistem Darah

Jantung akan terganggu rentaknya jika terdapat gangguan terhadap kandungan dalam darah. Bahan yang biasa menimbulkan masalah dalam darah ialah sodium. Sodium banyak terdapat dalam garam masakan biasa di dapur. Garam bukit adalah alternatif kerana kandungan sodium yang terendah iaitu kurang 5%. Selain garam dapur, bahan perasa makanan seperti mono sodium glitumat MSG turut mengandungi banyak garam dan banyak digunakan dalam masakan dan makanan ringan. Burger merupakan contoh makanan yang mengandungi MSG yang terbanyak berbanding dengan makanan yang lain.

Tahukah anda Kedahsyatan MSG sebagai bahan perasa kerana ia bertindak mengalirkan zarah rasa dengan amat cekap. Setitik jus limau apabila dititiskan ke dalam segelas larutan MSG akan menjadikan seluruh gelas tadi menjadi air limau, supaya lebih menarik pewarna tiruan turut diletakkan.

Mereka yang mengalami masalah debaran, cuba semak adakah anda kerap mengambil makanan ringan atau makanan dari restoran makanan segera.

Colour Vibration Therapy Merawat Debaran

Rawatan asas untuk masalah debaran adalah NW 8 iaitu bahagian Medulla Ablongata. Rawatan NW 8 sebaiknya perlu bersama dengan NW 15 iaitu bahagian Pankreas.

Tetapi jika ada masalah darah, sebaik-baiknya rawat dengan NW 18 dan pasangannya NW 3 supaya sistem badan seimbang dan tidak timbul kesan pembongkaran.

Dalam kes tertentu, NW 8 boleh dikombinasikan dengan NW 11 iaitu Jantung. Begitu juga dengan NW 18 boleh dikombinasikan dengan NW 8 atau NW 11.

Jadual di bawah adalah cadangan kombinasi berdasarkan keadaan tertentu;
DebaranSiangMalam
Tinggi urik asidNW15NW8
Tinggi proteinNW13NW8
Tinggi kolestrolNW12NW8
Lemah darahNW18NW8
Baiki rentak jantungNW11NW8
Baiki sistem darahNW18NW3

Dalam sesetengah kes, mengikut pengalaman saya, pesakit yang kuat marah akan dirawat NW 1 untuk Kelenjar Pineal dan NW 20 untuk Tulang dan Saraf. Kemarahan ini boleh memberi kesan kepada hempedu atau menyebabkan batu hempedu. Jika keadaan ini berlaku, rawatan yang diperlukan ialah NW 16 untuk testrogen dan NW 8.

Debaran yang melampau boleh menghilangkan tumpuan. Tumpuan ialah NW 4, Hipothalamus.

Apabila debaran disertai dengan rasa terkejut, pesakit akan terkucil. Keadaan ini berkaitan dengan isyarat elektrik di bahagian Buah Pinggang NW 13. NW 13 mengawal kecemasan atau terkejut yang berpusat di bahagian Kelenjar Adrenel. Debaran yang menyebabkan pesakit terkejut beberapa kali akan menggangu Kelenjar Adrenal atau menggagalkan Kelenjar Adrenal untuk membantu Buah Pinggang berfungsi.

Pola Proses Penyembuhan

Dalam proses penyembuhan, kita tetap akan merasai simptom walaupun hakikat sebenarnya tahap kesihatan telah jauh meningkat. Pada peringkat pertama mendapat rawatan, pesakit akan merasa lebih tenang, tidak mudah marah dan mudah tidur pada tahap delta. Kesan pembongkaran semasa menerima rawatan telah ditulis dalam post yang lepas. Sila rujuk topik "Kesan Tekanan Terhadap Penyakit" dalam blog ini untuk mengetahui kesan pembongkaran akibat Teori Tekanan (atau klik butang di bawah ini).

Dalam sesetengah kes, kesan pembongkaran tidak berlaku, sebailiknya ialah kesan rawatan simptom karektor Fasa Satu. Fasa Satu adalah high range bermaksud riak, aktif, agrasif, tidak tenang, pemarah, panas baran dan sebagainya.

Satu lagi keadaan ialah pengulangan gangguan penyakit atau simptom yang berlaku setelah rawatan. Ia mempunyai pola yang sangat menarik seperti dalam rajah di bawah

Berdasarkan rajah ini, warna merah ialah hari pesakit pesakit pengalami simptom, warna putih ialah pesakit berada dalam keadaan normal tanpa sebarang simptom, warna hitam ialah hari mendapatkan rawatan pertama dan warna biru ialah simptom yang muncul setelah mendapatkan waratan.

Sekiranya pesakit mendapatkan rawatan berterusan, pesakit akan merasa seperti telah sembuh setelah kira-kira enam bulan (sebenarnya tempoh pemulihan boleh dicepatkan oleh pesakit itu sendiri). Setelah enam bulan mendapatkan rawatan, sila lihat pada bulan Ogos, pesakit akan mendapat gangguan simptom pada awal bulan September. Ketika itu, pesakit yang tidak sabar akan mengatakan Colour Vibration Therapy CVT tidak begitu membarikan kesan terhadap simptomnya. Hakikat sebenar ialah tahap kesihatan pesakit telah banyak berubah dan kekerapan kemunculan simpton telah semakin menjarak. Pada tahun berikutnya kemunginan pesakit akan mendapat simptom yang sama pada kekerapan sekali atau dua kali setahun. Keadaan ini disebabkan rekod DNA masih belum disenyawakan sepenuhnya dan karektor trouma masih belum dihilangkan.

Berikut ialah graf kajian terhadap kesan terhadap karektor setelah mendapat rawatan.



Graf di atas menunjukkan karektor yang terganggu pada tahap 100% dan juga tahap simptom yang terganggu pada tahap 100%. Berdasarkan graf di atas, kita dapati karektor akan mendapat kesan pemulihan yang drastik terlebih dahulu, diikuti oleh penurunan tahap simptom secara berdikit-dikit. Karektor biasanya akan mula terganggu dan meningkat secara hampir malar kerana kesan "trouma" atau tabiat lama berulang. Sebenarnya, karektor yang semakin pulih adalah rawatan terapi terhadap penyakit. Penyakit tidak akan pulih selagi sikap tidak mahu diubah. Rawatan Colour Vibration Therapy CVT merawat penyakit melalui rawatan terhadap karektor dan level personaliti terlebih dahulu. Jika anda merasa simptom masih ada, setelah rawatan, cuba perhatikan adakah karektor anda mulai bertambah baik? Jika ada, syukurlah kerana anda akan pulih, insya Allah.

Petua Mengatasi Debaran

Pemakanan adalah faktor utama dan tidak sukar untuk mengawalnya. Penyakit adalah apa yang kita makan setiap hari. Jika kita berfikir kita sihat, dengan sendirinya keinginan kita akan seimbang untuk memilih makanan yang sihat.

Bersedia untuk menghadapi apa sahaja. Orang yang boleh tampil tanpa berdebar ialah orang yang tampil disamping menguasai audians atau khalayak. Orang yang berdebar akan dikuasai khalayak. Jika anda bersedia, bukan sahaja anda tidak akan berdebar, malah setiap ucapan anda akan dihayati dan anda juga menghayati setiap yang anda tampilkan. Ketika itu setiap yang ditampilkan akan bermanfaat dan tidak dipersiakan.

Kekeliruan Tentang Debaran

Jika anda berdebar ketika melihat susuatu yang amat anda sukai seperti kereta, banglow, atau pun kekasih anda, itu dinamakan "debaran teruja", bukan simptom penyakit. Jika anda merasakan sedemikian, ia bermaksud anda akan dapat setiap yang dirasai dengan penuh debaran.

Tiada ulasan: