Selamat Datang ke Blog Kekal Muda



Blog ini mengandungi info dan rujukan mengenai ilmu Color Vibration Therapy(CVT). CVT merupakan ikhtiar untuk merawat pelbagai jenis penyakit termasuk kritikal, kronik dan yang dianggap oleh rawatan alopati sebagai tiada harapan untuk sembuh seperti kanser dan sebagainya. Oleh itu, amat wajar untuk kita menyatakan bahawa CVT adalah alternatif kepada rawatan alopati.

Sebarang pertanyaan atau pesanan produk bolehlah diajukan kepada :

Muhammad Wafi Mohd Noor
14, Lebuh Wira Jaya,
Taman Rapat Setia Baru,
31500 Ipoh, Perak.

No HP : 017-5265105
Email : wafi_17@yahoo.com
YM id : nistelro0y / wafi_17@yahoo.com

4 Ogo 2007

Hydrotherapy Ice

erapi Berasaskan Air

Tahukah anda bahawa Hidroterapi Ais boleh membantu dalam rawatan berbagai jenis penyakit…

Terapi pertama seumpamanya yang menggabungkan elemen/unsur semulajadi yang dapat memberi keseimbangan semula kepada tubuh secara keseluruhan. Dengan menggunakan bahan-bahan asas seperti air berionik (alkali), garam potassium, pati bunga aromaterapi ‘Seri Wajah’, sulfur, ais dan lain-lain bahan serta peralatan seperti mesin ozon, lampu UV dan penggerak air, Hidroterapi Ais mampu merawat penyakit-penyakit seperti kanser dengan efektif dan menjimatkan kos serta masa. Semua mengetahui dan menyedari tentang bahaya kanser serta memahami bahawa sehingga kini masih belum ada rawatan yang benar-benar mampu merawat kanser sepenuhnya maka di sinilah kita dapat menyaksikan bagaimana terapi ini berjaya mengatasi pelbagai rintangan untuk membantu kita semua melawan dan menangani kanser.

Anda akan melihat sendiri bagaimana terapi ini boleh memberi kesan perubahan yang drastik kepada tubuh yang berpenyakit samaada luaran mahupun dalaman dalam proses rawatannya. Oleh kerana air adalah elemen paling banyak digunakan bagi tujuan rendaman keseluruhan tubuh, maka di antara kesan-kesan perubahan yang biasa dilihat ialah:

  • Perubahan warna (Bergantung kepada jenis penyakit)

  • Perubahan suhu

  • Perubahan tenaga pesakit

  • Perubahan bau

Sebenarnya Hidroterapi Ais merupakan suatu bidang perawatan penyakit dan penjagaan kesihatan yang mempunyai konsep tersendiri, unik dan ringkas menghasilkan keharmonian untuk dimanfaatkan secara optima.

Namun ada perkara menarik untuk anda yang telah melibatkan diri dalam bidang perubatan alternatif dan komplimentari iaitu Hidroterapi Ais ini amat relevan dan begitu mudah menyesuaikan dirinya dengan bidang-bidang perubatan sediaada di seluruh dunia.

Di Malaysia sahaja terdapat lebih 3000 ahli dan pengamal perubatan yang mengaplikasikan terapi ini dan telah diyakini amat membantu dalam perawatan berbagai jenis penyakit termasuklah penyakit yang baru dikesan seperti jangkitan H5N1 dan sebagainya.

Kebanyakan mereka juga berpendapat bidang ini memberi peluang kepada mereka untuk memahami dengan lebih mendalam tentang teori sains fizik, biologi dan kimia yang saling melengkapi dan menyempurnakan sistem kehidupan khususnya manusia.

Namun perkara yang paling penting dalam perawatan ini ialah sebahagian besar bahan dan peralatannya perlu bergabung bagi menghasilkan keputusan rawatan yang paling memuaskan. Di antara bahan/peralatan tersebut ialah:

  • Air alkali berionik akan meningkatkan kuasa penyerapan ke dalam tubuh sehingga ke tahap maksima dan memberi daya tekanan yang seimbang kepada ais sebelum disasarkan kepada tubuh

  • Pati bunga Seri Wajah (Aromaterapi Vibration) menumpukan kepada faktor ‘resonans’ ke atas sistem dan organ tubuh yang disasarkan melalui rangsangan sistem deria pada kulit dan bulu roma untuk menghantar isyarat kepada sistem imun dan antibodi untuk merembeskan hormon, asid nukleik dan asid amino supaya berpasangan dengan toksin atau keracunan di dalam hati. Proses ini akan menukar keracunan menjadi bahan yang memiliki daya magnetik bagi keperluan rohani seseorang yang amat memberi kesan kepada fizikalnya.

  • HydroNatrium/Kapur akan mempercepatkan tindakbalas kimia supaya kesan-kesan keracunan di dalam tubuh akan lebih reaktif dan memberi kesan optima dan ini boleh dilihat melalui perubahan-perubahan seperti warna (air), bau, suhu dan sebagainya.

Dan lain-lain bahan yang menjadikan terapi ini sebenarnya bertujuan untuk mengubah penyakit menjadi suatu bentuk tenaga lain yang lebih berguna kepada tubuh. Kesan paling penting selepas melalui terapi ini ialah tidur yang begitu lena dan merehatkan. Tubuh akan lebih segar apabila sedar daripada tidur tersebut.

Banyak kesan positif lain yang boleh diperolehi melalui terapi ini. Dapatkan maklumat lanjut dan khidmat nasihat dengan menghubungi atau lawati pusat rawatan CVT yang diiktiraf.

"Rahsia Kehebatan Air dan Ais"

Tiada ulasan: