Falsafah Hukum Keseimbangan adalah ringkasan dan gambaran kepada keterangan keseluruhan ilmu dan kajian Hukum Keseimbangan. Hukum Keseimbangan adalah falsafah untuk menerangkan tentang tenaga yang boleh diaplikasikan untuk tujuan rawatan kesihatan, insya Allah.
Allah menjadikan alam ini bermula dengan satu titik berkembang secara berpasang-pasangan dengan pasangan yang seimbang. Pasangan-pasangan ini terus berkembang sehingga terciptanya alam yang luas termasuk kejadian manusia. Manusia ialah satu bentuk keseimbangan yang sempurna. Setiap kejadian mempunyai kadar ketetapan yang tertentu. Manusia ialah satu kejadian yang terjadi secara berpasang-pasangan dengan sempurna dan pada kadar yang tetap.

Dengan adanya keseimbangan, maka manusia dapat meneruskan kehidupan dan alam ini terus kekal wujud. Kecelakaan yang menimpa manusia dan bencana yang menimpa alam adalah berpunca daripada kegagalan untuk daya fikiran kita menguja tindakan yang akan mematuhi Hukum Keseimbangan. Maka Hukum Keseimbangan akan menyeimbangkan keadaan dengan penyakit, bencana dan kecelakaan.
Oleh itu, setiap yang kita perolehi atau perkara yang sedang dialami adalah kerana Hukum Keseimbangn telah dipatuhi. Jika kita sukakan sesuatu tetapi kita tidak perolehinya, sebenarnya ia memudaratkan kita. Jika kita bencikan sesuatu tetapi kita terpaksa memiliki dan melaluinya, sebenarnya ia bermanfaat bagi kita. Ketetapan setiap yang telah terjadi adalah kerana ia telah mematuhi Hukum Keseimbangan.
Alam sebenar yang diciptakan oleh Allah adalah kekal tetapi alam yang kita diami ini adalah ilusi yang tidak kekal. Adalah lebih tepat untuk mengatakan bahawa 'alam ilusi' ini adalah diri manusia itu sendiri kerana segala yang sedang dilihat sekarang adalah ilusi kita sendiri. Disebabkan alam ini satu ilusi, maka sebenarnya kitalah yang akan menyeimbangkannya melalui akan fikiran kita.
- Setiap kejadian adalah seimbang, berkembang secara berpasang-pasangan dan pada kadar yang telah tetap.
- Setiap yang kita lihat (atau rasa melalui panca indera) adalah diri kita sendiri.
- Apa yang kita katakan tentang seseorang sebenarnya kita kata tentang diri kita sendiri.
- Kita adalah alam (ilusi) dan alam (ilusi) adalah diri kita.
- Apa yang kita alami atau perkara yang kita miliki adalah apa yang kita mahu.
- Setiap yang kita lihat adalah apa yang kita bayangkan.
- Alam adalah daripada kesempurnaan dan sebaik-baik kejadian; penyakit, bencana dan kecelakaan daripada diri kita sendiri.
- Setiap perkegaran (kejadian dan perisitwa) terjadi kerana mematuhi Hukum Keseimbangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan