
Formula NW (Natural Wave) 1 hingga 20 untuk perawatan organ atau bahagian yang mengalami ketidakseimbangan. Tiada kesan sampingan, mudah digunakan dan dijamin kesuciannya. Menggunakan tenaga bunga-bungaan yang pasti selamat melalui teknologi perawatan yang tinggi di era milenium.
Kaedah penggunaan : Formula NW diambil berdasarkan kepada hasil diagnosis atau keperluan ketika itu bergantung pada organ dan bahagian tertentu.
Kini formula NW telah dipertingkatkan kaedah pengambilannya kepada konsep 'Bermassa III Fasa'. Kaedah ini bertujuan untuk membolehkan pencapaian tahap penyembuhan yang maksima diperolehi oleh setiap pesakit.
Secara ringkasnya formula Bermassa III Fasa dispesifikasikan seperti berikut:
Fasa | Keperluan | Tahap | Dosej |
I | 'Deteksi' Kelegaan dan Kecemasan | Magnitud (Tinggi) | 4 -7 biji setiap 15 minit dalam sehari |
II | 'Kondensasi' Keseimbangan | Amplitud (Sederhana) | 3 - 5 biji setiap 1 jam selama 3 hari |
III | 'Protektif' Penyembuhan dan Pertahanan | Resonans (Rendah) | 3 - 5 biji setiap 3 jam selama 2 minggu |
Pengambilan formula ini amat membantu bagi sebarang bentuk penyakit atau ketidakseimbangan tenaga yang dihadapi oleh sebarang individu pada sebarang tahap usia.
Sebaik-baiknya dapatkan nasihat daripada pengamal CVT yang terhampir dengan anda.
JADUAL NATURAL WAVE MELALUI KESEIMBANGAN WARNA, PSIKOLOGI DAN ORGAN

Untuk mencari kelemahan/ketidakseimbangan/penyakit termasuk punca kepada permasaalahan dan menentukan formula yang sesuai, CVT mempraktikkan kaedah diagnosis Appilied Kinesiologi (AK) - Biofeedback. Kaedah ini tidak memerlukan peralatan yang menggunakan tenaga elektrik/elektronik tetapi lebih mengutamakan daya kekuatan diri sendiri yang sebenarnya lebih suci dan murni.
Namun begitu, penyerahan total yang disertai dengan kepercayaan, keyakinan dan sifat-sifat murni seorang manusia amat dititikberatkan kerana itulah tenaga yang cukup besar nilai dan manfaatnya kepada manusia itu sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan