Selamat Datang ke Blog Kekal Muda



Blog ini mengandungi info dan rujukan mengenai ilmu Color Vibration Therapy(CVT). CVT merupakan ikhtiar untuk merawat pelbagai jenis penyakit termasuk kritikal, kronik dan yang dianggap oleh rawatan alopati sebagai tiada harapan untuk sembuh seperti kanser dan sebagainya. Oleh itu, amat wajar untuk kita menyatakan bahawa CVT adalah alternatif kepada rawatan alopati.

Sebarang pertanyaan atau pesanan produk bolehlah diajukan kepada :

Muhammad Wafi Mohd Noor
14, Lebuh Wira Jaya,
Taman Rapat Setia Baru,
31500 Ipoh, Perak.

No HP : 017-5265105
Email : wafi_17@yahoo.com
YM id : nistelro0y / wafi_17@yahoo.com

4 Ogo 2007

Sepintas Tentang CVT...


Colour Vibration Therapy, atau CVT merupakan perawatan pertama seumpamanya di dunia yang dipelopori oleh Prof. Emeritus Dr. Sir Norhisham Wahab di mana beliau telah berjaya menggabungjalinkan getaran cahaya, warna dan bunyi sebagai kunci utama bagi merawat pesakit daripada hampir keseluruhan jenis penyakit. Malah paling utama CVT bukan sahaja bersandarkan kepada fakta dan pengkajian sains, tetapi ia juga turut menerapkan unsur-unsur keagamaan. Perawatan ini membenarkan pesakit untuk pulih secara semula jadi tanpa sebarang kesan sampingan.

Pada ketika perubatan konvensional lebih fokus kepada membuang atau memusnahkan penyakit, perawatan CVT menggunakan formula yang dikaitkan dengan konsep getaran cahaya, warna dan bunyi bagi membantu tubuh badan untuk mencetuskan rangsangan yang menghasilkan enzim dan asid amino yang diperlukan untuk merawat sel-sel yang rosak .

Penawar bagi penyakit sebenarnya berada di dalam tubuh yang begitu mudah tercemar. CVT mengaktifkan penawar ini dengan menghasilkan keseimbangan dan keharmonian di dalam tubuh secara keseluruhan. Ia membantu mencari titik keseimbangan bagi sel atau organ dan mengembalikan semula tenaga asalnya di mana secara tidak langsung memberikan kuasa penawar bagi sesuatu penyakit itu. Di CVT, kami menyediakan rawatan untuk masaalah kanser, kencing manis, gout, serangan jantung, hipertensi, penagihan dadah, asma dan sebagainya.

Perkhidmatan Yang Disediakan

Kami di CVT menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan dan perawatan komplementari dan alternatif bagi pelbagai jenis penyakit selain produk-produk yang boleh juga digunakan sebagai amalan seharian. Sila hubungi kami atau mana-mana pusat rawatan CVT di seluruh Malaysia.

CVT mempunyai wawasan untuk melahirkan pengamal yang berwibawa dengan berpandukan agama dan mempunyai nilai hidup yang berasaskan landasan kemanusiaan serta tidak melakukan prosedur perawatan yang di luar tabii sehingga boleh menimbulkan banyak kemudaratan.

Semoga Allah memberi hidayat kepada mereka yang terlibat dan bertanggungjawab melaksanakan hukum mengikut petunjukNya.

CVT telah melihat jauh terkehadapan apabila saintis hari ni baru hendak memulakan teknik klon sel sendiri yang dipindahkan semula kepada organ yang rosak. Organ seperti pankreas tidak perlu lagi diberi suntikan insulin sintetik, sebaliknya klon sel dilakukan pada organ pankreas dikenali sebagai “Islet Of Langerhans” yang boleh mengeluarkan insulin secara tabii.

CVT melihat cara ini masih boleh mendatangkan kemudaratan lalu mencipta prosedur meniru dan merakamkan semula persamaan energi pada sel asal organ bermasaalah supaya organ secara tabii dapat bekerja semula secara optimum dalam kerja-kerja yang lebih khusus dan kompleks dengan mempunyai karekteristiknya.

Kesejahteraan di sudut kesihatan tidak akan tercapai tanpa ilmu. Ilmu perlu diterokai berdasarkan kajian dan penemuan semasa.

Kurikulum ilmu perubatan pada hari ini masih menekankan penyakit, ubat-ubatan, prosedur rawatan dan pengenalan sel dan jasad. Sebenarnya intipati persoalan dan permasaalahan yang berhubungkait timbulnya penyakit adalah berpunca daripada kejatuhan nilai akhlak dan jiwa sehingga memberi kesan kepada alam semula jadi yang turut sakit.

Tiada ulasan: