Selamat Datang ke Blog Kekal Muda



Blog ini mengandungi info dan rujukan mengenai ilmu Color Vibration Therapy(CVT). CVT merupakan ikhtiar untuk merawat pelbagai jenis penyakit termasuk kritikal, kronik dan yang dianggap oleh rawatan alopati sebagai tiada harapan untuk sembuh seperti kanser dan sebagainya. Oleh itu, amat wajar untuk kita menyatakan bahawa CVT adalah alternatif kepada rawatan alopati.

Sebarang pertanyaan atau pesanan produk bolehlah diajukan kepada :

Muhammad Wafi Mohd Noor
14, Lebuh Wira Jaya,
Taman Rapat Setia Baru,
31500 Ipoh, Perak.

No HP : 017-5265105
Email : wafi_17@yahoo.com
YM id : nistelro0y / wafi_17@yahoo.com
Memaparkan catatan dengan label Produk Kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Produk Kesihatan. Papar semua catatan

4 Ogo 2007

Reshape Your Face Naturally

Without plastic surgery, botox or chemical injection, you can reshape your face inherently, easy, cheap and safe.

Dr. Ariffaizal has found and introducesd proper method named Facial Hydrotherapy Ice. This method is the combination of the right technique of face exercise and aromatherapy from Colour Vibration Therapy.

This rule is the first kind of it’s in the world and in Malaysia especially. Dr. Ariffaizal have posited special seminar to introduce the highly effective method. So far as much as four seminars were held all over Malaysia. These seminars will continue in times to come.

The Law of Face Relativity
The face is relative with organ. Some circumstances blundered upon organs would have effect to the face. This is called The Low of Face Relativity. Through this law, therapies organ is done using the method Facial Hydrotherapy Ice.

We could read disease conditions, personality and character by just preparing assessment called “face reading”. The face is most densely filled with nerves and senses. As such face is the most suitable, easy and fast way to treat all diseases to person.

Four Elements in Facial Hydrotherapy Ice
It need four elements to gain most optimal impact from the Facial Hydrotherapy Ice method. The elements are Tea Cleanser's Oil Cleanser, Aromatherapy Ice draws Face, Hydrotherapy Ice Concept and the right Face Exercise Technique.

Tea Tree Oil Cleanser
Tea Cleanser's Oil Cleanser created specially by Prof Emeritus Prof. Dr. Sir Norhisham Wahab, founder of Colour Vibration Therapy. By tradition, indigenous people society in Australia already uses tree tea oil as natural antiseptic and also as detergent. This formula is then potentized.

Tea Tree Oil Cleanser balanced miasma presence on the face. All elimination of bacterium on the face will only result imbalance in natural ecosystem of the face. Tea Tree Oil Cleanser would not eliminate all bacterium to the face instead the property of negative charge in Tea Tree Oil Cleanser equalizes population rate of bacterium in the face and it let certain miasma to survive and play its role on the face.

Face will get freshness and harmony from Tea Tree Oil Cleanser witch will help to open pores on the face and activate sensitivity of nerves to absorb vibration.


Aromatherapy Seri Wajah
Aromatherapy Seri Wajah has been created by Prof Emeritus Prof. Dr. Sir Norhisham Wahab, founder of Colour Vibration Therapy. This formula contains mixture flower essence generated via cool compressed and mixed together over nano technology and biotechnology.

Therefore it has above 300 active elements and well-balanced alkalinity making it capable to preserve ions. The property of Aromatherapy Seri Wajah is beamed with vibrations up to Zero Point, the fastest and highest wave reading. Zero point is indicated in figure below.

High negative ions content will be energized the cells. Vibration of Zero Point costs electromagnetic wave signals to any different part of the body. More the 300 active elements will improve molecules in the DNA information to become harmony and balance. As such cell can afford to develop natural antibiotics, get natural nutrient and remove toxic inherently.

The Concept of Hydrotherapy Ice
Water can record memories. Water cleans every thing. Therefore, it can conduct vibration efficiently. High pressure on particles would make conductivity of vibration improves. Hence the best conductor of vibration that is through ice.

In Facial Hydrotherapy Ice, ice may act as conductor to the vibration from Aromatherapy Seri Wajah and also the tree tea oil cleanser. It also may dispense pressure to cells. Pressure to the nerve would make it more-sensitive for stimulation. Cells get enough pressure will be in harmony with nature and also stimulate natural body energy.

Hydrotherapy Ice bath is popular practice in Europe and now it has developed as a treatment in alternative medicine. Hydrotherapy Ice concept which is used in Facial Hydrotherapy Ice is by wiping the ice cubes with right technique to the face.



The Right of Exercise Technique
The philosophy of Colour Vibration Therapy treatment including spiritual, emotion, mental and physical levels. Aromatherapy Seri Wajah is the secret of spiritual, ice is the secret of Emotion, Tree Tea Oil Cleanser is the secret of Mental and Face Exercise is the secret of Fhysical.

Most effective face exercise is for those being aged 17 and below. But the combination of four elements in Facial Hydrotherapy Ice, and face exercise is effective regardless of age.

Young tissues in organs include skin layers, muscles, bloodstreams and bones would make face look young and bright. These three of elements in the Facial Hydrotherapy Ice will help achieve the objective of regaining youthfulness to the face. Young face need restructured through physical movement called face exercises.

In this seminar the right technique of face exercise would be taught closely to get most optimal impact. Incorrect technique will cause ineffectiveness and formation as desired.

Dr. Ariffaizal start practising face exercise since 1993

Special website for Malaysian (in Malay Language)

Local Magazine Report
please click

Below is local magazine report from
Karang Kraf RAPI
01 November 2006


Below is local magazine write-up from
Karang Kraf Dara.COM
01 February 2006

(Plese see the credit circled)

NW - Natural Wave

Ia bertindak menerusi sistem "neuro" iaitu penghantaran isyarat (impuls) melalui "neurotransmetter" ke ruang sel-sel yang tidak seimbang. Bermula dari deria rasa lidah, impuls dihantar ke hipothalamus sebagai stesen geganti melalui neurontransmetter yang terdapat pada sel-sel neuron sebelum ke Kelenjar Pitutari untuk dianalisis dengan terpeinci. Setelah itu, ia dihantar ke Kelenjar Pineal untuk pengesanan dan kemudiannya otak menghantar impuls ke bahagian hati untuk merembeskan getaran bagi merawat bahagian yang dijangkiti penyakit.

Bahan dalam NW

Colour Vibration Therapy mengesani bahawa sebahagian besar penyakit berpunca daripada gula berat yang diambil oleh pesakit di dalam pemakanannya. Oleh itu, "pasangan" rawatannya adalah daripada gula juga iaitu gula ringkas yang mudah hadam yang dipanggil glukosa.

Dengan rasa manis ini pesakit dapat memfokuskan setiap formula yang diambil bagi memudahkan proses menembusi ruang-ruang sel berkalu tanpa disedari.

Umpamanya Formula NW13 untuk Buah Pinggang, jika ketika itu buah pinggang berkeadaan baik, tiada isyarat yang dihantar ke Kelenjar Pineal kerana Kelenjar Pitutary menyekat isyarat tersebut disebabkan Kelenbjar Pineal hanya menerima maklumat-maklumat yang tidak seimbang sahaja. Oleh itu, apabila Formula NW diambil, akan berlaku kesan memfokus (tumpuan kepada ketidakseimbangan sel-sel sekiranya berlaku).

Faktor Air Liur Mempengaruhi Frekuensi Formula NW

Colour Vibration Therapy menganjurkan pengambilan Formula NW dilakukan ketika perut kosong (sebelum mengambil sebarang makanan). Pada waktu ini air liur tidak dicemari oleh benda-benda asing (bakteria, makanan masam atau berasid) yang boleh mengubah frekuensi NW dan berlaku tindak balas kimia. Pengunyahan ke atas Formula NW juga boleh mengubah frekuensinya. Oleh itu, disarankan pengambilan Formula NW ini memadai dikemam di lidah sahaja.

Air Sebagai Perakam Terbaik

Pengambilan Formula NW jauh lebih baik dan berkesan malah merendahkan range (riak frekuensi) nya sekiranya diambil melalui perantaraan air sejuk. Formula NW yang dimasukkan ke dalam segelas air sejuk akan menyebarkan frekuensinya ke seluruh ruang dalam air tersebut. Semakin banyak isipadu air yang digunakan maka semakin rendah range nya. Semakin rendah suhu air maka semakin tinggi tekanannya. Air yang terbaik ialah air yang mengandungi meneral ringan yang berion negatif atau bersifat alkali. Ion negatif adalah resonan dengan frekuensi Formula NW yang membawa frekuensi pada skala warna boleh nampak (visible light) yang menyamai frekuensi organ-organ dalam tubuh badan manusia.

Peluh Berlebihan

Peluh berlebihan yang dimaksudkan ialah seseorang itu akan melihat tanda-tanda seperti tapak tangan kerap basah, bahagian atas dahi, hujung hidung dan bahagian antara bibir dan hidung berpeluh, ketiak basah dan sebagainya. Perkara ini harus dipandang serius kerana ini adalah salah satu simptom terhadap kelemahan organ dan sistem tertentu pada tubuh.

Kesan seperti ini menimbulkan beberapa kerumitan kerana seseorang terpaksa kerap mencuci cadar dan selimut kerana tempat tidur selalu basah setiap kali tidur. Pakaian terpaksa ditukar selalu dan tidak dapat disangkut kerana berpeluh. Sekiranya kandungan toksid atau urik asid berlebihan di dalam badan, peluh yang keluar akan berbau. Bau disebabkan oleh bakteria yang membiak di kawasan lembab dan berprotein (peluh juga mengeluarkan protein).

Kesan terhadap prestasi pekerjaan seharian juga akan terjejas. Contohnya menjejaskan kawalan pemanduan kenderaan kerana stereng licin dan sebagainya.

Kelenjar Peluh

Terdapat dua jenis kelenjar peluh iaitu eccrine dan apocrine.


Liang peluh eccrine terdapat di seluruh badan dan liang peluh apocrine hanya terdapat di bahagian orgen seksual seperti atas bibir, payu dara (wanita) dan pangkal peha (bawah dan sekitar bahagian alat kelamin). Perbezaan fizikal ialah apocine mempunyai liang yang lebih besar daripada eccrine. Eccrine mempunyai saluran peluh terus ke permukaan kulit manakala apocrine mempunyai saluran peluh yang keluar melalui liang bulu roma.

Kelenjar eccrine mengeluarkan peluh yang mengandungi bahan kumuh yang berupa toksik, urik asid. Bahan-bahan ini boleh membentuk habitat sementara bakteria tertentu. Oleh itu, peluh yang dirembeskan oleh kelenjar eccrine adalah punca bau busuk pada tubuh. Tempat yang paling terjejas ialah di bawah ketiak kerana terlindung daripada peredaran udara dan hangat. Masalah toksik yang keluar berlebihan melalui kelenjar eccrine disebabkan terdapatnya kelemahan di bahagian kawalan urik asik iaitu kelenjar Pankreas (NW 15)

Kelenjar apocrine mengeluarkan peluh yang mengandungi pheromone semula jadi manusia. Pheromone semula jadi manusia ini mengandungi cas elektromanatik yang meruap untuk membawa isyarat komunikasi mutlak antara seseorang dengan seseorang yang lain dengan amat berkesan. Pheromone semulajadi ini lebih dikenali sebagai hormon daya penarik. Pheromone tidak membentuk habitat yang boleh menyebabkan polulasi bakteria tidak terkawal. Oleh itu, bakteria berbahaya hampir tidak terdapat di kawasan kelenjar apocrine (sebaliknya cuma maisma yang membantu kekuatan pheromone). Seseorang yang sihat atau mempunyai kadar penghasilan pheromone yang seimbang (walaupun kepada mereka yang ada masalah peluh berlebihan), tidak akan berbau busuk malah kehadiranya di mana-mana akan disenangi oleh orang di sekeliling. Kadar penghasilan pheromon yang baik ditentukan oleh sistem endokrin yang sihat terutama hormon pembiakan (NW 16).

Punca Peluh Berlebihan

Peluh akan keluar disebabkan kelenjar peluh mendapat isyarat bahawa terdapat bahan buangan atau air berlebihan untuk dibebaskan. Isyarat ini diterjemahkan daripada pengaliran jantung (NW 11) yang deras (walaupun tanpa rasa berdebar (NW 8) ). Tanda bagi mereka yang mengalami masalah ini dapat dilihat daripada tidur yang berdengkur atau kerap berdengkur dengan terlalu kuat.

Kalori terhasil daripada peleraian ikatan air H2O dan lemak berkarbohidrat. Kalori yang dibakar dengan sempurna akan menyababkan kandungan darah menjadi cair dan akan menyebabkan darah mengalir deras. Kandungan kalori yang tinggi disebabkan oleh pengambilan diet yang tidak sihat atau belebihan. Biasanya mereka yang obesiti atau mereka yang kerap makan tetapi berat badan tidak meningkat akan mengalami masalah pembakaran kalori walaupun tanpa bersenam atau melakukan kerja berat. Seseorang yang makan berlebihan tetapi berat badan tidak meningkat disebabkan oleh kandungan steroid tanin yang tinggi dalam darah. Steroid tanin banyak terdapat dalam air teh dan berfungsi menyingkirkan air daripada lemak.

Rawatan Masalah Peluh Berlebihan

Adalah sesuatu yang tidak dapat diterima akal yang dilakukan oleh rawatan klasik (allopathic medicine) untuk melakukan pembedahan untuk menutup saluran kelenjar eccrine. Menutup kelenjar eccrine melalui pembedahan tidak dapat menyelesaikan masalah peluh berlebiha. Walaupun didapati peluh tidak keluar setelah pembedahan, tetapi air yang dibawa ke bahagian kulit akan terkumpul dan menyebabkan masalah kulit atau pengumpulan lemak yang lebih tepu. Sekiranya buah pinggang (NW 13) lemah, akan berlaku kebengkakan air di kawasan muka dan kaki. Air yang dikeluarkan daripada tubuh mengandungi toksik yang membahayakan tubuh. Peluh sebenarnya mengeluarkan bahan-bahan ini. Sekiranya pengeluarkannya disekat, darah akan tercemar dan beracun. Dalam tempoh jangka panjang, akan timbul masalah urik asid berlebihan dan pankreas (NW 15) akan terbeban.

Kaedah terbaik untuk merawat ialah dengan mencari punca supaya peluh tidak dikeluarkan berlebihan. Antara punca yang lazim ialah kerana jantung (NW 11) yang terganggu rentaknya disebabkan oleh perasaan risau. Sebab lain ialah kerana keaktifan luar biasa hati (NW 12) untuk menggunakan deposit kalori daripada pembakaran lemak.

Apabila jantung telah dipertenagakan semula dengan Formula NW 11, ia akan kembali berdenyut dengan normal mengikut psikologi tubuh. Denyutan yang kencang hanya berlaku sekiranya terdapat penggunaan kalori berlebihan untuk digunakan sebagai stamina semasa bersukan atau bekerja.

Antara pengalaman salah seorang Pengamal Profesioanl Colour Vibration Therapy Dr. Aishah Arridza merawat pesakit yang menghadapi masalah peluh berlebihan yang beliau tulis dalam blog beliau bertajuk Excess Sweating.

Petua Merawat Masalah Peluh Berlebihan

Risau punca utama menyebabkan rentak jantung berdenyut dengan pantas. Rentak jantung boleh distabilkan dengan mengawal perasaan risau.

Semasa tidur mengereng di atas rusuk kiri, jantung akan berada dalam keadaan lapang dan tidak terhimpit. Tidur dengan cara mengereng ke kanan dapat mengatasi masalah denyutan kencang terhadap jantung.

Tanin akan memisahkan air dari lemak dan puca kepada darah mengandungi banyak air. Mengurangkan pengambilan teh dapat menurunkan kadar tanin di dalam darah.

Lemak menyimpan banyak air dalam tubuh. Lemak terjadi kerana tabiat makan yang tidak betul, antaranya berfikir ketika makan atau tidak berniat untuk makan. Kebanyakkan yang dilakukan oleh kita ialah makan dan minum bersulaman. Karborhidrat yang bercampur dengan air akan terus menjadi lemak. Minumlah setelah sekurang-kurangnya 10 minit mengambil makanan. Berniatlah (the low of attraction) untuk menjadikan setiap makanan yang dimakan akan mendatangkan manfaat untuk akal, tenaga, dan kesihatan tubuh melalui kaedah mempertenagakan sel dan persenyawaan DNA dan RNA. Oleh itu, pembentukan lemak berlebihan tidak berlaku.

Semoga post ini dapat membantu sedikit sebanyak untuk mengatasi masalah peluh berlebihan. Namun rawatan dengan kaedah Colour Vibration Therapy adalah ikhtir terbaik, terpantas murah dan berkesan insya Allah untuk mengatasi masalah peluh perbelihan.

Rawatan Cirit birit

Cirit birit keadalah keadaan masalah pembuangan air besar yang kerap, tidak terkawal dan berlaku discaj air yang banyak semasa membuang air besar.

Cirit birit berlaku disebabkan probiotik di dalam usus besar musnah disebakan ketoksidan yang berpunca daripada keasidan yang tinggi di dalam tubuh. Keasidan yang tinggi ini datangnya daripada pemakanan sama ada, keracunan atau pencemaran makanan. Makanan yang dihinggapi lalat antara punca utama yang menyebabkan makanan tercemar. Makanan yang tercemar, mengandungi protein teroksida yang tinggi yang juga bertindak sebagai racun dan berasid.

Pada peringkat awal, keracunan makanan boleh diatasi oleh Hati (NW 12). Tetapi dalam kuantiti yang banyak, hati sudah tidak lagi mampu memproses racun seterusnya akan menukar racun dalam bentuk asid untuk diproses oleh Pankreas (NW 15).

Walaupun organ utama yang berkaitan dengan cirit birit ialah usus besar (NW 19), namun rawatan terbaik untuk menjadikan prebiotik terbina semula secara sedia kala ialah dengan memastika tahap asid dalam tubuh dikawal. Rawatan masalah cirit birit yang berlarutan dengan menggunakan NW 15 bagi menyeimbangkan asid dalam tubuh mampu adalah cara terbaik. Biasanya Pankreas akan kembali bertenaga selepas 10 minit mengambil rawatan NW 15. Ketika itu cirit birit akan berhenti.

Cara Pengambilan NW 15

Cara pengambilan ialah dengan menggunakan Formula NW 15 Fasa Dua, ambil dengan jumlah 7 biji sekali yang diulang setiap minit sehingga habis satu botol yang mengambil masa kira-kira 30 minit untuk dihabiskan.

Petua ketika cirit-birit

Pastikan anda tidak mengambil makanan yang mengandungi kalori tinggi seperti cili, kari atau dari jenis yang pedas.

Elakkan mengambil makanan yang rangup kerana ia tidak mampu dicerna dengan baik disebabkan kekurangan air dalam badan.

Ambil air teh ais sebagai minuman sementara sebagai menggantikan air yang hilang. Teh boleh bertindak sebagai anti oksida yang mampu menahan keracunan daripada terus merebak. Meminum air Aromatherapy Seri Wajah juga bertindak sebagai anti oksida.

Tidur pada waktu Qailulah (11.00 pagi hingga 1.00 tengah hari) supaya penghadaman berjalan lancar. Tidur awal selepas Isyak (sebelum pukul 9.30 malam) supaya bahagian Hyperthalamus (NW 4) yang mengawal kekuatan usus menjadi lebih bertenaga.

Bahagian hyperthalamus mengawal tumpuan dan kekuatan usus amat sensitif dengan bunyi dentuman (high range frequency). Elakkan daripada mendengar bunyi-bunyian berdendum atau muzik yang bergendang.

Insya Allah, petua ini menyumbang kepada 80% faktor penyembuhan.

Keajaiban Hijau Semulajadi

Klorofil merupakan “darah” kepada kehidupan tumbuh-tumbuhan. Alfalfa (medigo sativa) adalah satu-satunya tumbuhan yang paling kaya dengan nutrisi.

Alfalfa juga lebih dikenali sebagai ‘bapa kepada segala makanan’. Tumbuhan berharga ini sangat baik untuk menguatkan yangterbaik. Vibration Liquid Chlorofil (VLC) merupakan cecair yang mengandungi klorofil daripada alfalfa dan kaya dengan mineral seperti kalsium bagi membanu mengawa serta mengatur kalsium di dalam darah.

Kajian menunjukkan bahawa darah menstrussi (haid) mengandungi 40% mineral kalsium berbanding darah yang normal. Klorofil akan membantu mengawal kadar kalsium yang hilang dala tempoh berkala ini.

VLC ini juga sangat baik digunakan untuk pengawalan berata badan kerana cecait ini membersihkan struktur sel selain mengandungi mineral yang penting untuk membia sel-sel baru.

Ia merupakan bahan bernutrisi yang mampu meningkatkan ketebalan an kekebalan sel-sel didalam tubuh. Ia juga berupaya menghalang tumbesaran dan pembiakan bakteria yang beracn selain meningkatkan aktiviti tisu sel di dalam tubuh.

VLC mampu menyekat tindakbalas metabolik karsinogen – elemen yang menyebabkan kanser. LV membantu membersihkan organ hati dan menyingkirkan mendapan toksik yang tersimpan. VLC turut membantu memelihara kesihatan usus dengan memusnahkan toksik da bakteria yang memyebabkan penyakit di dalam tubuh.

Terlalu banyak maklumat tentang kebaikan klorofil, amun adalah sangat jelas bahawa VLC, denga klorofil daripada alfalfa adalah amat bernilai untuk kesihatan yang unggul. Ia seharusnya dijadikan sebahagian daripada dier seharian.

Dengan pencapaian teknologi moden masa kini, VLC adalah pemakanan berkhasiat yang telah dipertenagn di dalam tubuh

akan dengan frekuensi bunga-bungaan bagi merangsang kseimbangan dan eharminian sistem peredaran darah.

Mineral yang terkandung di dalam klorofil alfalfa adalah terdiri daripada molekul-molekul yang stabil dan memiliki persamaan dengan hemoglobin iaitu pigmen merah di dalam darah serta mampu menampung getaran tenaga yang diperlukan bagi menghasilkan keseimbangan semula kepada sistem tubuh.

VLC amat membantu bagi :

- Mengatasi asma

- Mengatasi keletihan

- Mengawal tekanan darah

- Mengawal keadaan cepat mengantuk

- Mengatasi anaemia

- Menatasi menopos awal

- Memgurangkan kesakitan menstruasi

- Membersihkan usus dan darah

- Melegakan keradangan

- Mengawal aktiviti bakteria

- Menghapuskan keracunan di dalam tubuh

- Meningkatkan kadar oksigen di dalam tubuh

- Mengawal kadar asid dan alkali di dalam tubuh

- Meningkatkan sistem imun tubuh

- Menambahkan kadara sel darah merah

- Menggalakkan pertumbuhan sel-sel tubuh

- Mengawal kada metabolisma

- Meleraikan unsur radikal bebas di dalam tubuh

Cara penggunaan:

VLC sangat sesuai dijadikan minuman bernutrisi harian. Campurkan dengan anggaran sesudu besar VLC ke dalam segelas air sejuk. Amalakan setiap pagi dan malam.

1

Tea Tree Cleanser

Tea Tree Cleanser CVT telah dipertenagakan dengan gelombang tenaga bunga yang menyamai frekuensi yang terdapat pada wajah yang bertindak sebagai pengionan semula jadi (ion-ion negatif). Ia dapat mengembalikan kestabilan sel-sel pada kulit muka, menjadikannya lebih segar dan kelihatan lebih berseri. Ia sebagai bahan pelembab khusus merangsang vitamin E yang tidak aktif di bawah kulit dan asid amino dan menyerap lebih jauh bagi menghidratkan, melindungi dan membaharui kulit dengan maksimum.

Kaedah penggunaan :

Tea Tree Cleanser sebagai agen pembersihan kulit sama seperti sabun atau syampu atau pencuci muka yang biasa digunakan. Hanya perlu buihkan di tapak tangan dengan 2 – 3 titik dan cucilah muka atau bahagian yang ingin kita bersihkan. Kemudian bilas semula. Bagi mereka yang menghidapi masalah sakit kulit, gunakan pati Tea Tree Cleanser ini dengan kerap di tempat yang dijangkiti. Amalkan setiap hari. (Untuk kegunaan luaran sahaja)

Formula NW



Formula NW (Natural Wave) 1 hingga 20 untuk perawatan organ atau bahagian yang mengalami ketidakseimbangan. Tiada kesan sampingan, mudah digunakan dan dijamin kesuciannya. Menggunakan tenaga bunga-bungaan yang pasti selamat melalui teknologi perawatan yang tinggi di era milenium.

Kaedah penggunaan : Formula NW diambil berdasarkan kepada hasil diagnosis atau keperluan ketika itu bergantung pada organ dan bahagian tertentu.

Kini formula NW telah dipertingkatkan kaedah pengambilannya kepada konsep 'Bermassa III Fasa'. Kaedah ini bertujuan untuk membolehkan pencapaian tahap penyembuhan yang maksima diperolehi oleh setiap pesakit.

Secara ringkasnya formula Bermassa III Fasa dispesifikasikan seperti berikut:

Fasa Keperluan Tahap Dosej
I 'Deteksi'
Kelegaan dan Kecemasan
Magnitud
(Tinggi)
4 -7 biji
setiap 15 minit
dalam sehari
II 'Kondensasi'
Keseimbangan
Amplitud
(Sederhana)
3 - 5 biji
setiap 1 jam
selama 3 hari
III 'Protektif'
Penyembuhan dan Pertahanan
Resonans
(Rendah)
3 - 5 biji
setiap 3 jam
selama 2 minggu

Pengambilan formula ini amat membantu bagi sebarang bentuk penyakit atau ketidakseimbangan tenaga yang dihadapi oleh sebarang individu pada sebarang tahap usia.

Sebaik-baiknya dapatkan nasihat daripada pengamal CVT yang terhampir dengan anda.

JADUAL NATURAL WAVE MELALUI KESEIMBANGAN WARNA, PSIKOLOGI DAN ORGAN

Untuk mencari kelemahan/ketidakseimbangan/penyakit termasuk punca kepada permasaalahan dan menentukan formula yang sesuai, CVT mempraktikkan kaedah diagnosis Appilied Kinesiologi (AK) - Biofeedback. Kaedah ini tidak memerlukan peralatan yang menggunakan tenaga elektrik/elektronik tetapi lebih mengutamakan daya kekuatan diri sendiri yang sebenarnya lebih suci dan murni.

Namun begitu, penyerahan total yang disertai dengan kepercayaan, keyakinan dan sifat-sifat murni seorang manusia amat dititikberatkan kerana itulah tenaga yang cukup besar nilai dan manfaatnya kepada manusia itu sendiri.

Vocal Modulator

"Penyelesaian masaalah suara kini telah

ditemui"

Vocal Modulator merupakan penyediaan bahan berasaskan kepada aromaterapi (pati bunga) Seri Wajah yang dipertenagakan dengan frekuensi atau ukuran gelombang pada aras tiroid dan peti suara (korda vokal).

Fungsi utamanya ialah memperbaiki suara sebagai suatu bentuk tenaga bunyi yang amat banyak berkaitan dengan berbagai aspek atau fungsi kehidupan seperti berkomunikasi, aktiviti syarahan, tilawah AlQuran, berpidato, bersyair, bernyanyi dan banyak lagi. Di samping itu, bicara suara akan lebih terkawal di dalam kesantunan dan budi-bahasa, perkataan yang positif serta lebih bermanfaat di sebarang ruang dan masa.

Namun di sebalik mutu suara dapat diperbaiki dan dipertingkatkan, fungsi korda vokal pula amat sinonim dengan aktiviti kelenjar tiroid yang mengawal komunikasi di antara organ-organ tubuh.

Dengan ini, di samping suara menjadi lebih enak/lunak diluah dan didengar, sistem tubuh juga dapat menjalankan fungsinya dalam keharmonian dan keseimbangan. Pelbagai masaalah kesihatan seperti penyakit tulang, sistem pembiakan dan juga kelemahan kelenjar pituitari dapat diatasi.

Faktor bunyi sebagai tenaga yang membentuk amat relatif dengan pembentukan susuk tubuh yang langsing dan berstruktur secara tersusun dan seimbang.

Inilah formula yang dapat menguasai banyak ruang-ruang pembentukan jisim serta tenaga di dalam rahsia bunyi-bunyian harmoni.

Kaedah Penggunaan:

Gunakan setitik bersama air sejuk dan disapu ke seluruh wajah sehingga ke ubun-ubun, di belakang telinga dan di bawah dagu, serta diminum. Ulangkan sekerap mungkin untuk kesan yang maksimum. Penggunaan yang konsisten terutama bagi tempoh tujuh hari pertama amat dititikberatkan.

Formula untuk semua, lelaki dan wanita serta kanak-kanak.

Amat sesuai untuk:

Pemidato, pensyarah, guru, pembaca berita, pembaca AlQuran, pelakon, penyanyi, ahli kaunseling dan motivasi, penyair, jurujual dan lain-lain, malah untuk semua bagi komunikasi sejagat.

Alga Shoushma For Women

Rahsia Kebahagian Suami-Isteri

100% ekstrak organik semulajadi melalui kajian saintifik dan ujian klinikal. Meningkatkan rangsangan hubungan seksual suami-isteri untuk keharmonian hidup berkeluarga. Tiada kesan sampingan malah membina kesihatan tubuh luaran dan dalaman melalui rahsia perubatan sejak 3000 tahun dahulu. Rahsia tersembunyi dari pelbagai jenis rumpair laut paling dalam kini sebagai perangsang sistem saraf yang amat menakjubkan.

Kaedah penggunaan :

Minyak Alga : Secara umumnya ia digunakan pada bahagian luar tubuh dengan kadar setitik setiap kali penggunaan. Untuk kesuburan, sapukan pada alat sulit wanita setiap hari sebanyak 2-3 kali dan jadikan amalan berterusan. Ia juga boleh diminum dengan mencampurkannya ke dalam air yang tidak dimasak dan amalkan setiap hari. Juga sesuai digunakan untuk merawat luka-luka kecil.

Alga Shoushma For Men

Rahsia Kebahagian Suami-Isteri

Produk (alga) khusus untuk memulih dan membina kulit. Dirumus khas bagi lelaki iaitu sebagai penggalak dan pemangkin fungsi kelenjar pineal dan pituitari yang membantu keseimbangan hormon semua sistem tubuh. Ekstrak Herba Shoushma adalah makanan suplimen yang sungguh ajaib bagi maksud merangsang keinginan seksual yang mencetuskan keharmonian rumahtangga.

Kaedah penggunaan :

Alga Shousma Men (Minyak) digunakan dengan kaedah sapuan terutama pada bahagian alat sulit lelaki. Gunakan 1-2 titik alga ini dan sapukan dengan urutan lembut pada bahagian urat di bawah zakar dan ulangkan beberapa kali. Boleh juga disapu pada bahagian pinggang (belakang) atau pada bahagian yang sakit atau terseliuh. Sapukan ais terlebih dahulu pada bahagian berkenaan. Amalkan setiap hari ketika sebelum tidur.

Ekstrak Herba Shoushma (kapsul) boleh diambil sebiji untuk 2 hingga 3 hari bergantung kepada keperluan. Pengambilan paling sesuai ialah selepas waktu senja atau 2-3 jam sebelum bersama isteri. Sila minum air dengan kerap selepas mengambil formula ini. Kesan yang berlaku bergantung kepada individu dan ia adalah berbeza.

*Terkini! Formula (kapsul) ini kini sesuai dan digalakkan kepada pesakit kardiovaskular (jantung) bagi menguatkan otot jantung yang lemah.

Aromatherapy Seri Wajah

Seri Wajah

Haruman Kerohanian Diri Aromaterapi Sebenar

Rawatan era terkini di alaf baru dalam sifat warna melalui proses tafsiran otak ke atas gelombang magnetik dan elektromagnetik.

Rawatan berbagai penyakit melalui kecantikan kulit dan sistem kederiaan dengan menggunakan konsep Aromatherapy dan dengan teknik Hidroterapi Ais (Terunggul dan pertama di dunia)

Ekstrak bunga-bungaan dihasilkan melalui kajian dan adunan dari khazanah alam semula jadi yang kaya dengan khasiat diproses melalui teknologi makmal dan farmasi moden untuk meningkatkan kekebalan sistem imun, antibodi dan sistem hormon.

Ekstrak bunga-bungaan digabungkan dalam satu kombinasi pati bunga yang dirakam dengan gelombang bunyi menghasilkan getaran tenaga berfrekuensi rendah bagi mencapai tahap sifar (0 Hz) seterusnya meningkatkan tenaga magnetik sebagai kuasa dalaman tubuh (Will Power) secara semulajadi.

Ini adalah ramuan minyak pati bunga dicipta khusus bagi penjagaan kesihatan secara luaran dan dalaman melalui tenaga getaran wangian pada bunga-bungaan menerusi sistem neuro ke otak sebagai pengimbang semulajadi spritual, emosional, mental dan fizikal individu. Kesucian terjamin tanpa unsur kimia untuk kegunaan harian pada semua tahap usia.

Pati Bunga Yang Dirakam Semula Dengan Daya Magnetik

Pati bunga dengan daya magnetik bukanlah ‘ubat’ yang boleh menyembuhkan tetapi ia bertindak membantu tubuh menyembuhkan diri sendiri dengan merangsang pelbagai sistem tubuh dan organ untuk bekerja semula melalui aliran tenaga penyembuh semula jadi.

Pati bunga melalui terapi magnetik yang merangsang semula aliran tenaga magnetik akan bekerja secara langsung pada bahagian yang sakit.

Pati bunga yang telah dimagnetikkan tidak memerlukan diagnosis untuk mengesan bahagian yang lemah kerana daya magnetiknya berupaya mengesan terus dan mencari sasaran kawasan yang lemah malah merawat punca kepada terjadinya penyakit.

Ahli sains dan bijak pandai hari ini terpaksa mengakui bahawa badan kita yang disokong oleh berbagai struktur tulang terutamanya tulang belakang sebenarnya mengalirkan daya magnetik yang besar dan merupakan struktur yang terbina daripada beberapa unit magnet.

Seri Wajah mempunyai kadar gelombang yang sangat pendek bagi membolehkan setiap atom mampu dipengaruhi oleh deria.

Perlu diingat daya magnetik tidak hanya mengalir di dalam atau di luar tubuh tetapi juga beredar di dalam medan magnet yang disebut aura.

Aura atau medan magnetik yang kuat terhasil daripada tubuh seseorang amat berpengaruh dan menguasai aura di persekitaran tubuh. Oleh itu, semua jenis unsur kehidupan seperti haiwan, tumbuh-tumbuhan dan batu-batan akan ‘tunduk’ kepada kekuatan aura daripada tubuh seseorang yang bertenaga.

Bagaimana Seri Wajah Memainkan Peranan

Seri Wajah dapat mengimbangi getaran frekuensi otak tengah (Hipotalamus) yang mengawal Hormon DNA genetik kegemukan yang tidak dapat dibantu oleh pelbagai jenis steroid atau kimia pemakanan yang didakwa berkesan.

Otak bahagian tengah iaitu Hipotalamus berfungi mengawal daya tumpuan dan tekanan perasaan. Keseimbangan bahagian itu bermakna anda ceria. Keharmonian dalam mencari ketenangan secara langsung merangsang thyroid untuk meningkatkan kerja-kerja metabolisma dengan tahap iodin yang dapat merangsang zat-zat pemakanan terhasil menjadi tenaga semulajadi tubuh dan menghalang lemak yang tidak diperlukan.

Mengawal selera serta meningkatkan metabolisme bagi mengimbangi pengeluaran hormon (penting dalam penjagaan berat badan). Bertindak memelihara maskular (otot yang mengendur). Amat ketara membongkar toksin di dalam air kencing.

Juga menghalang penyimpanan air berlebihan di dalam tubuh melalui potassium. Mengurangkan keletihan, menambahkan kesegaran berfikir, merehatkan tidur dan menenangkan fikiran.

Penggunaan secara rutin dan berterusan bagi meningkatkan kepekaan sistem kederiaan dalam meningkatkan atau mengatasi masaalah:

  • Rasa percaya diri
  • Kepuasan jiwa
  • Iri hati – sedih
  • Curiga dan mudah tersinggung
  • Ragu-ragu
  • Ketidaksabaran
  • Menunda-nunda
  • Kejernihan dalam berfikir
  • Rasa benci dan dendam
  • Histeria
  • Perasaan kehilangan arah
  • Daya ingat
  • Konflik
  • Lesu
  • Rasa kebingungan
  • Rasa pengertian
  • Perasaan kosong

Kelebihan Aromaterapi Seri Wajah

Hanya manusia sahaja sebagai makhluk yang paling peka pada wangian, manakala syaitan/binatang/jin amat alah atau tewas pada wangian.

Wangian Seri Wajah memiliki manfaat yang beragam 1001. Cara kegunaan mulai dari pertolongan mempertingkatkan ‘Sirr’/Dinding/Perisai halus sehingga membangkitkan perasaan riang dan memulihkan tenaga/stamina.

Bagaimana untuk mengetahui ia telah memberi kesan kepada kita?

  1. Mengubah dan menimbulkan berbagai reaksi pada perasaan kita.
  2. Menimbulkan perasaan muda dan menyegarkan/tenang /relaksasi
  3. Meredakan ketegangan/imsomnia
  4. Sirkulasi darah lebih teratur dan menghilangkan rasa sukar bernafas
  5. Memperbaiki masaalah pencernaan
  6. Mengatasi kekejangan otot

Wangian Seri Wajah paling pantas dan tepat mengesan/menuju ke kawasan sasaran apabila digunakan. Bakteria akan terencat pada wangian. Manakala sel-sel hidup semula dengan wangian khususnya Seri Wajah.

  1. Proses penyulingan adalah menggunakan wap/gas – unsur otak paling ringan.
  2. Wap/cairan (distimkan) – akan keluar apabila dikenakan tekanan

Mandi wap atau stim yang berlebihan hanya akan mengeluarkan aroma/haruman tubuh yang paling semulajadi. Sel-sel tubuh akan kehilangan tenaga vital yang semulajadi dengan mandian wap sebegini.

Hydrotherapy Ice

erapi Berasaskan Air

Tahukah anda bahawa Hidroterapi Ais boleh membantu dalam rawatan berbagai jenis penyakit…

Terapi pertama seumpamanya yang menggabungkan elemen/unsur semulajadi yang dapat memberi keseimbangan semula kepada tubuh secara keseluruhan. Dengan menggunakan bahan-bahan asas seperti air berionik (alkali), garam potassium, pati bunga aromaterapi ‘Seri Wajah’, sulfur, ais dan lain-lain bahan serta peralatan seperti mesin ozon, lampu UV dan penggerak air, Hidroterapi Ais mampu merawat penyakit-penyakit seperti kanser dengan efektif dan menjimatkan kos serta masa. Semua mengetahui dan menyedari tentang bahaya kanser serta memahami bahawa sehingga kini masih belum ada rawatan yang benar-benar mampu merawat kanser sepenuhnya maka di sinilah kita dapat menyaksikan bagaimana terapi ini berjaya mengatasi pelbagai rintangan untuk membantu kita semua melawan dan menangani kanser.

Anda akan melihat sendiri bagaimana terapi ini boleh memberi kesan perubahan yang drastik kepada tubuh yang berpenyakit samaada luaran mahupun dalaman dalam proses rawatannya. Oleh kerana air adalah elemen paling banyak digunakan bagi tujuan rendaman keseluruhan tubuh, maka di antara kesan-kesan perubahan yang biasa dilihat ialah:

  • Perubahan warna (Bergantung kepada jenis penyakit)

  • Perubahan suhu

  • Perubahan tenaga pesakit

  • Perubahan bau

Sebenarnya Hidroterapi Ais merupakan suatu bidang perawatan penyakit dan penjagaan kesihatan yang mempunyai konsep tersendiri, unik dan ringkas menghasilkan keharmonian untuk dimanfaatkan secara optima.

Namun ada perkara menarik untuk anda yang telah melibatkan diri dalam bidang perubatan alternatif dan komplimentari iaitu Hidroterapi Ais ini amat relevan dan begitu mudah menyesuaikan dirinya dengan bidang-bidang perubatan sediaada di seluruh dunia.

Di Malaysia sahaja terdapat lebih 3000 ahli dan pengamal perubatan yang mengaplikasikan terapi ini dan telah diyakini amat membantu dalam perawatan berbagai jenis penyakit termasuklah penyakit yang baru dikesan seperti jangkitan H5N1 dan sebagainya.

Kebanyakan mereka juga berpendapat bidang ini memberi peluang kepada mereka untuk memahami dengan lebih mendalam tentang teori sains fizik, biologi dan kimia yang saling melengkapi dan menyempurnakan sistem kehidupan khususnya manusia.

Namun perkara yang paling penting dalam perawatan ini ialah sebahagian besar bahan dan peralatannya perlu bergabung bagi menghasilkan keputusan rawatan yang paling memuaskan. Di antara bahan/peralatan tersebut ialah:

  • Air alkali berionik akan meningkatkan kuasa penyerapan ke dalam tubuh sehingga ke tahap maksima dan memberi daya tekanan yang seimbang kepada ais sebelum disasarkan kepada tubuh

  • Pati bunga Seri Wajah (Aromaterapi Vibration) menumpukan kepada faktor ‘resonans’ ke atas sistem dan organ tubuh yang disasarkan melalui rangsangan sistem deria pada kulit dan bulu roma untuk menghantar isyarat kepada sistem imun dan antibodi untuk merembeskan hormon, asid nukleik dan asid amino supaya berpasangan dengan toksin atau keracunan di dalam hati. Proses ini akan menukar keracunan menjadi bahan yang memiliki daya magnetik bagi keperluan rohani seseorang yang amat memberi kesan kepada fizikalnya.

  • HydroNatrium/Kapur akan mempercepatkan tindakbalas kimia supaya kesan-kesan keracunan di dalam tubuh akan lebih reaktif dan memberi kesan optima dan ini boleh dilihat melalui perubahan-perubahan seperti warna (air), bau, suhu dan sebagainya.

Dan lain-lain bahan yang menjadikan terapi ini sebenarnya bertujuan untuk mengubah penyakit menjadi suatu bentuk tenaga lain yang lebih berguna kepada tubuh. Kesan paling penting selepas melalui terapi ini ialah tidur yang begitu lena dan merehatkan. Tubuh akan lebih segar apabila sedar daripada tidur tersebut.

Banyak kesan positif lain yang boleh diperolehi melalui terapi ini. Dapatkan maklumat lanjut dan khidmat nasihat dengan menghubungi atau lawati pusat rawatan CVT yang diiktiraf.

"Rahsia Kehebatan Air dan Ais"

Penggunaan Aromatherapy Seri Wajah

Aromatherapy Seri Wajah ialah pati bunga yang mengandungi lebih 300 unsur senyawa. Ia telah dibeamkan dengan vibration pada bacaan yang amat laju atau menghampiri atau tepat ke arah Point Zero. Sifat bahan yang beralkali dan gelombang berfrekuensi amat laju menjadikan ia penuh dengan ion-ion bersifat negatif atau elektron. Bermakna, kandungan Aromatherapy Seri Wajah terdapat tiga bahan yang bebeza bentuk, cerita dan keadaan tetapi berkongsi dalam satu botol iaitu 300 unsur senyawa, gema frekuensi Point Zero dan ion negatif.

Oleh itu Aromatherapy Seri Wajah ialah pembekal lebih 300 unsur senyawa dan pembawa gema Point Zero serta penjana elektron. Tiga keadaan yang berbeza ini menjadikan penggunaanya adalah berbeza untuk mendapatkan bahan atau manfaat yang berbeza daripada Aromatherapy Seri Wajah.

Setiap cara pengambilan hendaklan mencapai kehalusan atau kecairan unsur senyawa, kerendahan range gema dan pengayaan kuantiti elektron.

Unsur senyawa boleh diperolehi secara terus. Tetapi gema Point Zero dan elektron perlu dialirkan melalui konsep tekanan. Semakin baik atau tinggi tekanan maka semakin cekap kekonduksian gema dan elektron.

Pemulihan berlaku apabila gema dapat diterapikan ke tubuh melalui keserasian atau resonannya gema Aromatherapy Seri Wajah dengan organ yang memerlukannya.

[Jika bahasa di atas terlalu saintifik, di sini saya ulangi semula dalam bahasa yang mudah difahami; Seri Wajah ada lebih 300 unsur senyawa, maksudnya unsur senyawa inilah yang akan bersenyawa dengan DNA dan RNA dalam sel. Biasanya kita dapat unsur senyawa ini dalam makanan harian atau nutrean. Pati bunga Seri Wajah telah dibeamkan dengan vibration yang amat laju dan kuat pada bacaan Point Zero mengikut skala spektrum gelombang. Walaupun disebut Zero, tapi bukan bermaksud tiada gelombang, ini adalah istilah untuk menunjukkan kedudukan bacaan gelombang. Sila lihat kedudukan Point Zero dalam rajah di bawah. Range ialah riak gelombang atau fasa tenaga gelombang. Ia berada pada fasa yang telah lengkap pusingan getarannya atau dipanggil resonan. Elektron ialah ion negatif yang terdapat dalam atom. Sel terbina daripada molekul dan atom. Elektron ialah sesuatu yang sentiasa hilang, berpecah secara berantai atau membentuk atom unsur yang lain. Konsep tekanan ialah sejuk atau ais resonan ialah kekerapan pengambilan atau pengulangan yang berkadar tetap dan berterusan]

Kehalusan Atau Kecairan Unsur Senyawa

Unsur senyawa yang halus akan menjadikan ia terus dapat bersenyawa dengan sel secara serta merta. Cara untuk menjadikan Aromatherapy Seri Wajah lebih halus dan cair ialah dengan menitikkan setitik Aromatherapy Seri Wajah ke dalam air yang banyak kuantitinya. Semakin kecil titisan Aromatherapy serta semakin banyak kuantiti air, maka semakin halus dan cairlah unsur senyawa.

Setitik Aromatherapy Seri Wajah boleh menyebarkan unsur senyawa dalam 10 meter padu air kolam renang dalam sesuatu masa dan boleh bertahan antara 10 ke 30 minit sebelum ia teroksida di udara atau air klorin. Faktor yang menghilangkan unsur senyawa ialah kadar pensenyawaan yang tinggi dengan bahan di dalam air tersebut.

Sebagai amalan mandian biasa, titiskan setitik sahaja Aromatherapy Seri Wajah ke dalam kolah mandi. Cara terbaik ialah dengan mandi, sabun, ambil wujuk, kemudian titiskan setitik Aromatherapy Seri Wajah ke dalam kolah, bilas hingga puas. Semasa sedang membilas, tambahkan air ke dalam kolah semasa membuat bilasan. Semakin lama air ditambah ketika sedang menjiruskan badan maka semakin halus titisan unsur senyawa Aromatherapy Seri Wajah itu tadi.

Kerendahan Range

Range yang lebih rendah adalah lebih baik. Biasanya range yang rendah akan sama dengan keadaan penyakit yang kronik atau yang telah lama dialami. Range rendah adalah seimbang dengan karektor hening, sabar, ikhlas dan redho.

Range yang tinggi ialah untuk penyakit yang baru atau kritikal seperti kepatahan akibat kemalangan, kejutan kecederaan, luka atau kebengkakkan.

Range boleh ditentukan melalui jumlah titik Aromatherapy Seri Wajah yang diambil. Untuk penyakit kronik cukup dengan mengambil setitik sahaja. Untuk kemalangan seperti kepatahan, tekena sengatan, kemalangan atau sebagainya hendaklah dititik berulang-ulang kali dengan titisan yang kecil. Ulangan titisan hendaklah seragam tempoh masanya contohnya satu titik untuk satu saat. Titiskan berterusan dalam satu bilangan tertentu seperti 10 titik setiap 10 minit.

Sebagai amalan harian jika dalam keadaan kesihatan yang memuaskan, gunakan hanya setitik sahaja Aromatherapy yang dititiskan ke dalam kolah. Jika secara tiba-tiba demam atau keracunan makanan baru dikesan dalam tempoh beberapa jam yang lalu, titiskan beberapa titik Aromatherapy Seri Wajah ke dalam kolah. Jumlah titik yang diperlukan boleh diketahui dengan tepat melalui kaedah Applied Kinesiology.

Pengayaan Kuantiti Elektron

Elektron akan dijana dengan banyak melalui geseran. Untuk mendapatkan elektron daripada Aromatherapy Seri Wajah, titiskan setitik Aromatherapy Seri Wajah di atas tapak tangan yang basah dan sejuk. Gosok tapak tangan beberapa kali secara lembut, perlahan-lahan dan berkadar tetap, kemudian tapak tangan tersebut telah memiliki kuantiti elektron yang tinggi. Gosokkan dengan lembut tapak tangan ke bahagian yang sakit atau ke wajah. Jika untuk merawat pesakit, usap atau tepukkan perlahan-lahan tapak tangan ke bahagian organ pesakit yang mengalami sesuatu kelemahan.

Air sungai yang mengalir deras atau air terjun atau bilik yang mempunyai peredaran udara yang baik atau taman bunga yang terdapat angin sepoi-sepoi bahasa mempunyai kadar elektron yang amat tinggi. Air terjun berada di kedudukan teratas sebagai penjana elektron.

Pada tubuh badan manusia, Kelenjar Pineal NW1 ialah pusat pengalir ion negatif atau elektron secara serkulasi ke bahagian menerima iaitu tulang sulbi (coccyx). Elektron ini sentiasa kehabisan dan perlu sentiasa dicaj semula. Sejak turun tumurun pengecajan semula ini dilakukan melalui mandi dan minum air. Air membawa sedikit elektron melalui pergerakannya yang dialirkan ke tubuh.

Sebagai amalan harian, penjanaan elektron daripada Aromatherapy Seri Wajah boleh dilakukan dengan cara mengocakkan air kolah membuat seperti "teh tarik" dengan gayung. Tambahan air ke kolah boleh dibuat dengan membuka pili air dengan besar dan air dibiarkan jatuh dengan deras. Siraman air kolah ke tubuh hendaklah dibuat dengan deras.

Satu lagi (bukan amalan harian) untuk mendapatkan jumlah elektron yang paling maksima ialah dengan duduk di bawah air terjun yang menghimpap di kepala, tetapi sebelum itu dititiskan setitik aroma di bahagian ubun-ubun kepala. Ulangi titisan setiap 5 minit (semasa menitiskan aroma, keluar sebentar daripada air terjun tersebut).

Konsep Tekanan

Gema boleh mengalir dalam pelbagai medium. Pengaliran yang cekap ialah melalui tekanan. Tekanan berlaku apabila zarah berada dalam kedudukan yang cukup bertenaga atau bergetar pada frekuensi tinggi. Sifat zarah yang dimaksudkan ini ialah jirim berkeadaan pepejal. Semakin padat susunan zarah yang teratur maka semakin kuat tenaga tekanannya. Susunan zarah yang teratur boleh dilihat daripada kejernihan dan kekerasan pepejal tersebut. Semakin jenih dan semakin keras pepejal maka semakin teratur susunan zarah. Contoh zarah karbon yang tersusun ialah berlian, zarah karbon yang tidak tersusun ialah arang.

Satu-satunya medium tekanan atau kaedah mencapai matlamat teori tekanan ialah ais batu. Ais mempunyai tenaga tekanan yang amat tinggi.

Sebagai amalan harian, letakkan ais batu (2kg) ke dalam kolah yang telah ditiskan Aromatherapy Seri Wajah. Tetapi mandi air kolah ketika waktu sebelum subuh atau sejam sebelum fajar sebenarnya telah memberi tekanan semulajadi terhadap atmostera. Mandi di kawasan beriklim sejuk juga telah terdapat tekanan semulajadi. Adalah sesuatu yang tidak menghairankan jika pengamal Colour Vibration Therapy memasang penghawa dingin di dalam bilik mandi.

Resonan

Aromatherapy Seri Wajah perlu diambil secara berulang-ulang pada kadar yang tetap selang masanya serta berterusan untuk mencapai resonan atau keserasian gema dengan keperluan organ.

Sebagai amalan harian, mandilah air kolah yang dititiskan Aromatherapy Seri Wajah dengan kekerapan yang sama. Contohnya jika setiap kali mandi pukul 8 malam, setiap hari hendaklah mandi pada pukul 8 malam juga. Jika setiap hari mandi 3 kali sehari, setiap hari juga hendaklah mendi 3 hari sehari juga.

Syarat penggunaan Aromatherapy Seri Wajah secara umum

Keteragan di atas ialah cara yang lazim dilakukan untuk menggunakan Aromatherapy Seri Wajah iaitu melalui amalan mandian. Selain itu, dalam keadaan tertentu seperti untuk merawat sesuatu penyakit atau kecederaan, ia hendaklah dilakukan dengan panduan seperti berikut;
  1. Sapukan ke bahagian yang cedera / sakit.
  2. Hanya setitik yang kecil sahaja untuk setiap kali penggunaan.
  3. Cairkan dengan air yang banyak.
  4. Gosok atau lakukan gerakkan perlahan-lahan di bahagian yang disapu.
  5. Gunakan bersama air sejuk atau ais batu.
  6. Ulangi beberapa kali dengan kadar tetap dan berterusan.
  7. Buat penilaian atau ketentuan range berdasarkan keadaan kesakitan (bilangan titisan untuk sekali guna).
Contohnya jika berlaku kebengkakan atau kepatahan, kepatahan baru berlaku 30 minit yang lalu, bermaksud ia akut kritikal. Titiskan 10 titik Aromatherapy Seri Wajah ke dalam mangkuk yang berisi beberapa ketul ais (biasanya 6 ketul). Perawat meramas ais tersebut, kemudian usapkan terlebih dahulu tangan perawat ke bahagian yang patah. Kemudian ambil seketul ais tadi dan usapkan ke bahagian yang patah perlahan-lahan mengikut pusingan arah lawan jam. Setelah ais yang pertama habis mencair, tunggu seminit dan ulangi untuk ketulan ais terusnya. Tempoh menunggu hendaklah seragam iaitu sentiasa selang seminit.

Contoh kedua jika berlaku masalah sakit perut. Kesakitan ini kerap terjadi sejak beberapa bulan yang lalu. Ia adalah penyakit kronik. Gunakan hanya setitis sahaja tetapi kaedah sama seperti cara rawatan patah kritikal di atas.

Banyak lagi kaedah mengikut kreativiti contohnya menggunakan pam renjisan air sejuk yang dititiskan Aromatherapy Seri Wajah di dalamnya. Kemudian renjis dengan kerap hingga mencapai resonan.

Masalah keracunan atau jika ingin mendapatkan manfaat unsur senyawa daripada Aromatherapy Seri Wajah ialah dengan menitiskan setitik ke dalam 1 jag air sejuk berais. Kemudian tuang ke cawan dan minum.

Banyak lagi kaedah yang boleh digunakan dan ia bergantung kepada keadaan penyakit. Ketepatan kaedah akan menentukan kepantasan tempoh pemulihan, insya Allah.