Selamat Datang ke Blog Kekal Muda



Blog ini mengandungi info dan rujukan mengenai ilmu Color Vibration Therapy(CVT). CVT merupakan ikhtiar untuk merawat pelbagai jenis penyakit termasuk kritikal, kronik dan yang dianggap oleh rawatan alopati sebagai tiada harapan untuk sembuh seperti kanser dan sebagainya. Oleh itu, amat wajar untuk kita menyatakan bahawa CVT adalah alternatif kepada rawatan alopati.

Sebarang pertanyaan atau pesanan produk bolehlah diajukan kepada :

Muhammad Wafi Mohd Noor
14, Lebuh Wira Jaya,
Taman Rapat Setia Baru,
31500 Ipoh, Perak.

No HP : 017-5265105
Email : wafi_17@yahoo.com
YM id : nistelro0y / wafi_17@yahoo.com
Memaparkan catatan dengan label Santapan Rohani. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Santapan Rohani. Papar semua catatan

4 Ogo 2007

FITRAH YANG MENJADI FITNAH

Hati remaja selalu berkata, apakah salah kami bercinta? Rasa cinta memang tidak salah. Ia adalah fitrah semulajadi (instinct) yang ALLAH swt kurniakan kepada setiap manusia. Ingin bercinta dan dicintai adalah instinct. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasad perlukan makanan. Oleh kerana cinta adalah fitrah, maka
tentulah tidak salah merasainya.


Namun ALLAH tidak kurniakan cinta secara polos begitu saja.Dia juga pencipta peraturan cinta demi menjaga kemurniaannya.Peraturan inilah yang kerap dilanggar.Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalin hubungan cinta. Di sinilah selalunya remaja terjebak.Cinta terlarang adalah cinta yang menafikan peraturan yang telah ditetapkan oleh ALLAH swt. Ketika itulah FITRAH telah menjadi FITNAH. Bila kehendak semulajadi tidak disalurkan atau diisi mengikut peraturan maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan.

Mengapakah perlu ada peraturan cinta? Jawabnya kerana ALLAH swt mencintai manusia hambaNYA. Allah inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia melaksanakan keinginan fitrah semulajadinya. Keinginan tanpa peraturan akan menyebabkan banyak kemusnahan. Begitulah hubungan cinta hubungan cinta yang terlarang akan membawa banyak implikasi negatif dalam kehidupan. Pengalaman sudah pun mengajar kita bahawa jangan sesekali bermain cinta, nanti terbakar diri. Sudah banyak tragedi yang berlaku akibat hubungan cinta yg membelakangkan Tuhan!

Hubungan cinta jangan dicemari oleh sebarang tindakan menyalahi syariat.Lebih banyak perlanggaran hukum berlaku, lebih tinggilah risiko kemusnahan yang akan berlaku. Jangan kuat tertipu dengan pesona cinta yang dihiasi dengan pelbagai janji dan sumpah setia. Jangan kita mabuk dengan rindu dan asyik yang membuai dan melenakan. Seteguk kita minum dari kendi cinta terlarang, racunnya
akan meresap membunuh akal, jiwa dan perasaan. Pada ketika itulah cinta dikatakan buta.


Maka butalah mata hati dan mata kepala sehingga seseorang aka menjadi hamba kepada sesiapa yang dicintainya.
Ketika itu hati tidak nampak yang lain kecuali apa
yang dicintainya. Lupalah diri pada pencipta cinta kerana terlalu asyik dengan cinta yang dikurniakaNya. Bagaimanakah pula perasaan kita agaknya jika seseorang itu begitu leka dengan hadiah yang diberikan hingga terlupa bersalaman dan berterima kasih dengan
pemberinya?

Allah swt kerap dipinggirkan dalam hubungan cinta terlarang. Seolah-
olah cinta dan pencipta cinta itu sudah tidak ada kaitan antaranya.Hukum ALLAH dilanggar bukan dengan rasa bersalah tetapi dengan rasa manis dan megah. Tangan kekasih dipegang walaupun jelas ALLAH mengharamkan sentuhan antara lelaki dan perempuan yang bukan
muhrim. Tergamak berdua-duaan di tempat sunyi walaupun sudah diperingatkan Nabi bahawa dalam keadaan itu syaitan adalah pihak ketiga.

Lebih dari itu pun banyak berlaku. Semuanyanya seolah-olah halal kerana cinta. Racun-racun berbisa yang memusnahkan cinta telah dianggap sebagai baja. Akhirnya pohon cinta terlarang pun berbuah. Buah yang pahit, masam dan memabukkan. Buah yang muncul
dengan pelbagai jenama yang aneh dan menjijikkan - zina, sumbang mahram,bohsia, bohjan, buang bayi dll lagi. Ketika itu indahkah cinta?


Peraturan cinta bagai tanda-tanda dan lampu isyarat diatas jalan raya. Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak tetapi pergerakkannya perlu diatur dan dikawal. Jika tidak, dengan kuasa itu akan berlakulah perlanggaran dan pertembungan. Begitulah cinta, ia adalah kuasa tetapi kuasa itu perlukan peraturan dan kawalan. Apakah peraturan-peraturan dalam hubungan cinta? Hendaklah cinta kita itu didasarkan kpd cinta ALLAH. Ertinya cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana mengharapkan keredhaan ALLAH.

ALLAH memberikan kita fitrah itu lalu niatkan dengan fitrah itu boleh menghampirkan diri kita kepada ALLAH swt. Cintailah sesiapa pun, tetapi pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencintai ALLAH. Sehubungan dengan itu, cinta antara lelaki dan perempuan mestilah diniatkan untuk ALLAH!. Soalnya bagaimana?

Iringilah dengan niat untuk berkahwin kerana berkahwin itu lebih memudahkan seorang lelaki atau seorang perempuan menyempurnakan agamanya.
Sabda Rasulullah saw,

"Apabila seseorang itu berkahwin, sempurnalah separuh
agamanya, tinggal lagi separuh untuk disempurnakannya" .


Semoga perkahwinan yang dibina adalah semata-mata kerana ALLAH, dgn tujuan untuk membina rumahtangga muslim, melahirkan keturunan soleh dan solehah, keluarga yang sanggup memikul amanah & dapat melaksanakan segala hukum dan perintah ALLAH swt. Semoga dengan
perkahwinan itu juga akan dapat menjaga pandangannya, kehormatan dirinya serta hati dan juga perasaannya supaya sentiasa tunduk dan takut pada ALLAH swt, di samping dapat beribadat dan bertaqwa kepada ALLAH SWT.

Oleh itu, usahlah bercinta sekadar untuk bersuka-suka. Lebih buruk
lagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta sekadar untuk bersuka-suka.Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta sama ada didorong oleh hasutan nafsu atau bujukan syaitan. Jika tidak ada niat untuk berkahwin, cinta sudah
pasti bukan kerana ALLAH. Hakikatnya cinta itu adalah cinta terlarang yang akan membawa kemusnahan pada sebelah pihak atau kedua-duanya sekali. Cinta jenis ini seburuk namanya - Cinta Monyet!

Hendaklah dipastikan semasa menjalin hubungan cinta tidak ada hukum ALLAH yang dilanggar. Antaranya, tidak ada pergaulan bebas, tidak ada pendedahan aurat, tidak ada pengabaian perkara asas seperti meninggalkan sembahyang, puasa dan lain-lain. Hubungan cinta jangan sampai terjerumus dalam perkara yang melalaikan dan merugikan. Maka, remaja tidak seharusnya mengeluh," Cinta apa namanya ini jika tiada dating, tiada
perbualan telefon maraton..atau bahasa remajanya 'bergayut', tiada surat cinta, tiada sentuhan tangan, tnpa kerlingan dan senyuman?

Yakinlah, tidak ada keindahan dengan melanggar peraturan Tuhan. Putus cinta dan kecewa bercinta yang begitu dominan dalam kehidupan remaja adalah disebabkan racun-racun cinta yang disangka baja ini.Justeru banyaklah cinta yang gagal disambung di alam perkahwinan dan lebih banyak yang putus tanpa sempat menempuh perkahwinan.

Allah swt Maha Mengetahui dan Maha Menyayangi. Segala peraturanNya buat dengan rasa cinta terhadap hambaNYA. Cinta suci mampu tumbuh tanpa semua itu.Dan cinta itu pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengan seribu keindahannya. Bahkan jika diizinkan oleh takdirNya, cinta itu akan terus bersambung ke alam akhirat. Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan
bercinta lagi di syurga-empat pertama yang melahirkan cinta! Ketika itulah FITRAH akan menjadi ANUGERAH!

Wallahu'alam.

-Sebuah artikel daripada majalah
anis keluaran ogos 1998 (muka 65/66).

Tajdid Iman

Mentajdid iman bermaksud memperbaharui iman. Iman kita selalu diuji, oleh itu ia perlu sentiasa diperbaharui.

Kalimah syahadah

Hayati kalimah laila haillallah, muhammadur rasulullah. Ini ialah manhajul hayat (sistem hidup).

Tidak ada abadi melainkan Allah. Tidak ada penyembahan, tidak ada peraturan, tidak ada takut, tidak ada bersandar, tidak ada rezeki, tidak ada patuh melainkan terhadap Allah.

Iman

Iman itu perlu disebut, dibuat, dipegang dan dihayati.

Ibnu Taimiah menyatakan ada enam perkara yang perlu ada terhadap Allah sebagai tanda iman iaitu;
  1. Takut kepada Allah
  2. Kasih kepada Allah
  3. Mengagungkan (takzim) Allah
  4. Memuliakan Allah
  5. Mengharap kepada Allah
  6. Cinta kepada Allah
Jika masih ada saki baki jalilliah seperti kasih kepada artis, mengharap kepada majikan, takut kepada jin, takut miskin, itu tandanya iman masih belum jelas.

Wirid

Wirid Al Ikhwan dalam Al Matsurat, ada istighfar. Istighfar mentajdidkan iman. Istighfarlah 100 kali setiap hari.

Zikrullah menjadi pendinding daripada sifat mazmumah. Sifat mazmumah ialah tempat syaitan untuk mula bertapak di hati. Contohnya seperti;
  • hasat
  • dengki
  • khianat
  • ujub
  • sum'ah
selain itu penyakit hati seperti;
  • keluh kesah
  • merungut
  • was-was
Rasulullah tidak pernah merungut. Sedangkan sekiranya baginda ingin meminta kesenangan, pasti akan Allah makbulkan.

Tawakkal

Berserah kepada Allah ialah tanda kewujudan Allah dalam diri seseorang.

Sedikit orang yang faham tentang tawakkal. Di antara yang sedikit itu, sedikit pula yang dapat terjemahkan dalam kehidupan.

Inabah

Sentiasa bertaubat dan beristighfar. Sentiasa meningkatkan amalan dan memperbaharui amalan. Muhasabah diri setiap hari. Inabah ialah tanda kemajuan pemikiran manusia.

Istianah

Minta pertolongan kepada Allah sepanjang masa. Hati sentiasa berbicara kepada Allah tanpa henti. Merayu-rayu berdoa dan meminta-minta sepanjang masa tanpa henti dengan Allah.

Tiada pengharapan kepada yang lain melainkan dengan Allah. Bersandar sepenuhnya kepada Allah.

Iman sentiasa diuji sepanjang masa. Perlu ada ilmu untuk menghadapi ujian. Jangan meminta perlolongan kepada manusia kerana manusia akan takbur apabila diminta memberi pertolongan.

Takwa

Pegangan melampau atau taksub tidak ada dalam Islam, yang ada ialah takwa. Ibadah ialah tanda takwa. Puasa ialah salah satu cara membentuk ketakwaan.