Selamat Datang ke Blog Kekal Muda



Blog ini mengandungi info dan rujukan mengenai ilmu Color Vibration Therapy(CVT). CVT merupakan ikhtiar untuk merawat pelbagai jenis penyakit termasuk kritikal, kronik dan yang dianggap oleh rawatan alopati sebagai tiada harapan untuk sembuh seperti kanser dan sebagainya. Oleh itu, amat wajar untuk kita menyatakan bahawa CVT adalah alternatif kepada rawatan alopati.

Sebarang pertanyaan atau pesanan produk bolehlah diajukan kepada :

Muhammad Wafi Mohd Noor
14, Lebuh Wira Jaya,
Taman Rapat Setia Baru,
31500 Ipoh, Perak.

No HP : 017-5265105
Email : wafi_17@yahoo.com
YM id : nistelro0y / wafi_17@yahoo.com

4 Ogo 2007

Dari Kementerian Kesihatan

Pihak pengurusan dan penghasilan produk rawatan Colour Vibration Therapy melalui syarikatnya Colour Vibration Therapy Sdn. Bhd. Telah memohon dan mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk semua formula yang dihasilkan. Setiap formula diklasifikasikan secara berasingan.

Berikut ialah paparan surat Pengkelasan Keluaran yang disalin semula seperti yang ditunjukkan berikutnya dalam gambar di bawah.

Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan
National Pharmaceutical Control Bureau
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA
______________________________________

Ruj. kami: Bil (68) dlm BPFK/02/20/35 Bhg. 6
Tarikh: 25 September 2003
Colour Vibration Therapy Sdn. Bhd.
No 1 Jalan Tempenis Lucky Garden,
Bangsar 59100 Kuala Lumpur.

Tuan/Puan,

PENGKELASAN KELUARAN

Nama produk:
  1. Flowers Energy NW
  2. Garam Booster
  3. Alga Natural Theraphy (Ubat Biji)
Adaklah saya diarah merujuk kepada surat tuan/puan bertarikh 26 Ogos 2003.

2. Berdasarkan maklumat yang diberikan oleh syarikat tuan/puan seperti dalam Lampiran A, didapati produk tersebut TIDAK PERLU didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah, Kementerian Kesihatan Malaysia buat masa ini.

3. Pengkelasan ini terbatal dengan sendirinya sekiranya maklumat di pembungkusan keluaran adalah berlainan daripada Lampiran A tersebut di atas.

4. Surat ini tidak boleh digunakan untuk tujuan-tujuan lain selain daripada tujuan permohonan pendaftaran di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"UTAMAKAN KUALITI EFIKASI DAN KESELAMATAN"

Saya yang menurut perintah,

(MASFIZA BT ABD HAMID)
Penolong Pengarah
Bahagian Pembangunan Organisai dan Teknologi Maklumat
b.p. Pengarah
Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan
Kementerian Kesihatan Malaysia
Mas/lps

______________________________________
Jalan Universiti, P.O. Box 319, 46730 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Tel: +6037573611 Fax: +6037562924 / 7581312



Berikut ialah salinan surat Pengkelasan Keluaran untuk Sri Wajah

Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan
National Pharmaceutical Control Bureau
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA
_______________________________________

Ruj. kami: Bil (55) dlm BPFK/02/20/35 Bhg. 4
Tarikh: 2 Ogos 2002


Colour Vibration Therapy Sdn. Bhd.
No 1 Jalan Tempenis 1,
Lucky Garden,
Bangsar 59100
Kuala Lumpur.
(u/p: Dr. Norhisham Wahab)

Tuan/Puan,

PENGKELASAN KELUARAN


Nama Produk: Sri Wajah

Surat tuan bertarikh 3 Jun 2002 dirujuk.

2. Sila ambil perhatian bahawa buat masa ini keluaran tuan yang digunakan sebagai aromatherapy tidak perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dengan syarat:

i. Tidak mempunyai tuntutan perubatan/terapeutik pada lebel.
ii. Tidak mengandungi lain-lain bahan selain minyak meruap.
iii. Tidak mempunyai tuntutan perubatan pada nama keluaran.

3. Keluaran tuan hanya dibenarkan mempunyai perkataan "Aromatherapy" sahaja pada lebel keluaran.

4. Sukacita dimaklumkan bahawa perkataan:

i. Perawatan Kesihatan Keseluruhan melalui kecantikan (pertama di dunia).
ii. Untuk 1001 kegunaan dalam satu formula Sri Wajah kerana ia merakamkan
gelombang frekuensi tinggi yang boleh mengimbangkan berbagai jenis penyakit yang
mempunyai gelombang frekuensi rendah (pertma di dunia).

Merupakan tuntutan terapeutik dan oleh yang demikian seharusnya dibatalkan.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"UTAMAKAN KUALITI, EFIKASI DAN KESELAMATAN"

Saya yang menurut perintah,

(CHUAH SIEW KHIM)
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Pembangunan Organisasi & Teknologi Maklumat
b/p Pengarah
Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan

______________________________________
Jalan Universiti, P.O. Box 319, 46730 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Tel: +6037573611 Fax: +6037562924 / 7581312


Ini adalah antara nombor MAL yang sempat saya temui mengenai formula Colour Vibration Therapy menerusi laman web National Pharmaceutical Control Bureau (Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan) Malaysia. Selebihnya masih belum dikemaskini oleh laman web tersebut.

MAL 06081329 TC HERBA SHOUSMA
MAL 07020863 K COLOUR VIBRATION THERAPY TEA TREE CLEANSER
MAL 07030942 K COLOUR VIBRATION THERAPY FACIAL SPRAY

Lain-lain produk Colour Vibration Therapy yang mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diberi melalui nama farmasi / pembuat / pembekal ramuan (iaitu bukan syarikat Colour Vibration Therapy) ialah seperti berikut:

Xylimming Basic Energy; MAL 06071278 TC
Energised Liquid Chlorophyll; FOOD CLASSIFICATION, KKM BPFK/02/20/58 Bhg. 3

Produk-produk lain yang tidak dinaytakan di sini, walaupun atas lebel yang berbeza, tetapi berasaskan bahan yang mendapat kelulusan dan kebenaran seperti surat yang ditunjukkan di atas bertajuk Sri Wajah, Flowers Energy NW, Alga Natural Therapy NW dan Garam Booster.

Formula Colour Vibration Therapy bukanlah berasaskan jisim, tetapi merupakan pembawa masa dalam bentuk getaran gema, cahaya, warna dan bunyi. Untuk maklumat lanjut sila baca post berlebel Formula NW dalam blog ini. Buat masa sekarang, Kementerian Kesihatan Malaysia masih belum menyediakan justifikasi untuk menilai, menguji atau melebelkan keupayaan dan nilai perubatan yang menggunakan konsep getaran tenaga. Bahan ini hanya boleh diuji dengan menggunakan peralatan canggih seperti Spectrometer, Spectrum Analyser, Ion Counter dan Radionics. Atau boleh diuji dengan mudah, cepat dan lebih tepat dengan kaedah Bio-feedback seperti Applied Kinesiology dan Pendulem Kristal.

Satu-satunya agensi kerajaan yang menyediakan justifikasi untuk produk Colour Vibration Therapy ialah Institud Bioteknologi Melaka yang berada di bawah Kementerian Pertanian dan Insdustri Asas Tani Malaysia.

Tiada ulasan: