Selamat Datang ke Blog Kekal Muda



Blog ini mengandungi info dan rujukan mengenai ilmu Color Vibration Therapy(CVT). CVT merupakan ikhtiar untuk merawat pelbagai jenis penyakit termasuk kritikal, kronik dan yang dianggap oleh rawatan alopati sebagai tiada harapan untuk sembuh seperti kanser dan sebagainya. Oleh itu, amat wajar untuk kita menyatakan bahawa CVT adalah alternatif kepada rawatan alopati.

Sebarang pertanyaan atau pesanan produk bolehlah diajukan kepada :

Muhammad Wafi Mohd Noor
14, Lebuh Wira Jaya,
Taman Rapat Setia Baru,
31500 Ipoh, Perak.

No HP : 017-5265105
Email : wafi_17@yahoo.com
YM id : nistelro0y / wafi_17@yahoo.com

4 Ogo 2007

Tenaga Flora

KAJIAN MOLEKUL

Kajian mendapati molekul pertama terhasil dalam ruang angkasa (kosong), selepas atom. Molekul boleh diterjemahkan sebagai blok pembinaan sesuatu kehidupan yang berasaskan kepada Nitrogen, Oksigen, Hidrogen dan Karbon.

Sistem kimia kehidupan di atas bumi terdiri daripada dua jenis molekul iaitu protin dan asid-asid nukleik yang saling bekerjasama dalam kaedah yang paling khusus.
Molekul terkecil pernah diketahui ialah Hidrogen dan ianya unsur yang paling banyak memenuhi ruang alam semesta.

Secara umumnya, sesuatu molekul adalah zarah terkecil daripada sebatian kimia yang tulen yang mengekalkan komposisi dan sifat-sifat kimianya. Molekul secara sainsnya adalah gabungan dua atau lebih atom yang sepenuhnya stabil secara elektrikal dengan entiti neutral.

Di dalam sesuatu molekul, atom-atom digabungkan dengan perkongsian pasangan-pasangan elektron melalui ikatan kimia. Ia boleh didapati dalam bentuk gabungan elemen unsur yang sama seperti Oksigen (O2) atau elemen berbeza seperti air (H2O).

Molekul air yang mempunyai ikatan molekul di antaranya telah dikenalpasti mempunyai kelikatan yang tersendiri yang menjadikannya cecair seperti bentuk yang kita lihat. Saintis telah mengakui daya kelikatan molekul inilah menjadi teras kehidupan dan alam semesta.

Molekul mempunyai keseimbangan tetap yang diukur secara geometri iaitu sudut dan panjang kuasa ikatan. Kuasa ikatan ini secara berterusan bergetar atau berputar di atas ketetapannya.

Sesuatu sebatian asli terdiri daripada molekul-molekul dengan purata struktur geometrikal yang sama.

Formula kimia dan struktur bagi sesuatu molekul adalah faktor terpenting dalam mengenalpasti sifat kereaktifan molekul tersebut.

Kajian mendapati molekul mempunyai spektrum tenaga menurut tahap-tahap tertentu. Di antara bentuk tenaga yang dapat diukur ialah gelombang elektromagnetik (pancaran elektron) dan juga gelombang magnetik.

Selain daripada itu, sifat-sifat yang juga mampu dikesan pada molekul ialah polariti, fasa jisim, warna, densiti (kepadatan), tekanan dan aktiviti biologi.

Untuk mengenalpasti geometri molekul pada tahap keseimbangan sebenar, ia hanya boleh diketahui pada suhu sifar, disebabkan suhu yang lebih tinggi menyebabkan atom-atomnya menjadi rawak.

Molekul Tumbuhan

Kajian terkini mendapati bahawa tumbuh-tumbuhan menghasilkan/membentuk satu molekul kecil pada daunnya dan diangkut sehingga ke bahagian pucuk bagi merangsang pembentukan bunga. Kajian ini memberi maklumat bagaimana sistem tumbuhan menyusun masa-masa untuk berbunga, berbuah dan sebagainya bergantung kepada musim. Antara lain yang boleh difahami ialah molekul tumbuhan amat memberi kesan peyusunan sesuatu sistem bermula daripada benih sehinggalah kepada buahnya.

Kajian warna pada kelopak bunga juga amat menarik. Mengapakah kelopak bunga mengasilkan warna-warna tertentu yang boleh dilihat? Dan bagaimana pula warna pada bunga-bungaan akan berubah apabila sampai waktunya?

Kajian mendapati ia adalah disebabkan oleh susunan molekul yang tersusun secara tersendiri selain mempunyai sifat-sifat lain yang boleh dihuraikan.

Di antara sifat penting yang ada pada kelopak bunga ialah kadar keasidan dan kealkalian selain menurut tahap-tahap tenaga yang tertentu. Sedikit perbezaan pada penyusunan molekul-molekul kelopak bunga akan menghasilkan warna kelopak yang berbeza.

Interaksi Molekular Pada Sistem Kederiaan

Interaksi molekular (antara molekul) memberikan kesan kederiaan iaitu rasa dan bau. Kedua-dua persepsi ini dihasilkan melalui molekul berbeza di dalam organ deria kita. Reseptor kulit atau bulu roma mampu mengesan molekul-molekul bau yang ada pada aroma-aroma tertentu yang ditukar kepada molekul-molekul isyarat (mesej) yang akan dihantar ke otak untuk diproses dan ditafsir. Begitu juga dengan deria rasa seperti masin, pahit dan sebagainya.

Daya ikatan antara molekul yang lemah membolehkan sebarang tindakbalas pengubahan susunan molekul memberikan kesan-kesan perubahan yang amat kompleks di dalam tubuh manusia.

Daya molekul amat berkait rapat dengan caj-caj elektrik yang menghasilkan daya elektromagnetik di dalam tubuh. Kepelbagaian bentuk molekul pula sebenarnya menghasilkan kepelbagaian di dalam alam semesta.

Oleh yang demikian manusia dan juga haiwan paling banyak berinteraksi dengan tumbuhan kerana hampir semua tumbuhan tidak beralih dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Namun tenaga apakah yang mendorong interaksi yang berlaku di antara tumbuh-tumbuhan?

Molekul-molekul tumbuhan mengandungi atom-atom karbon sebagai tunjang, secara khususnya juga terikat bersama atom-atom oksigen dan hidrogen serta nitrogen dan lain-lain unsur. Sains tidak dapat mengesan sebarang bentuk warna pada molekul-molekul ini, namun dapatkah kita memahami bahawa interaksi molekul inilah yang menjadikan sesuatu sistem di dalam tumbuhan bekerja.

Kajian dalam asas juzuk molekul bagi pembinaan bunga-bungaan telah mendedahkan banyak genetik dan genetik kompleks dan rangkaian komunikasi bermesej yang memastikan struktur bunga dihasilkan pada masa yang tepat, tempat yang tepat pada sesuatu pohon.

Daya interaksi molekul = Daya komunikasi asli/murni = Tenaga Bunyi…

Tiada ulasan: