Selamat Datang ke Blog Kekal Muda



Blog ini mengandungi info dan rujukan mengenai ilmu Color Vibration Therapy(CVT). CVT merupakan ikhtiar untuk merawat pelbagai jenis penyakit termasuk kritikal, kronik dan yang dianggap oleh rawatan alopati sebagai tiada harapan untuk sembuh seperti kanser dan sebagainya. Oleh itu, amat wajar untuk kita menyatakan bahawa CVT adalah alternatif kepada rawatan alopati.

Sebarang pertanyaan atau pesanan produk bolehlah diajukan kepada :

Muhammad Wafi Mohd Noor
14, Lebuh Wira Jaya,
Taman Rapat Setia Baru,
31500 Ipoh, Perak.

No HP : 017-5265105
Email : wafi_17@yahoo.com
YM id : nistelro0y / wafi_17@yahoo.com

4 Ogo 2007

Mengenali Warna Diri

CVT dalam rawatannya menangani penyakit adalah dengan mengenali warna dalam perspektif penyakit. Ragam, perangai, tingkah laku, cara berfikir, perasaan, semangat, perlakuan dan tindak tanduk setiap individu berkait rapat dengan inspirasi warna. Umpamanya ramai yang menyukai warna-warna tertentu sebagai warna kegemaran tetapi tanpa disedari itulah lambang kelemahan tenaga yang sedang dilaluinya.

Pemakaian warna-warna kegemaran ini akan menambahpendamkan getaran warna dalaman sama ada berlebihan atau berkurangan yang menimbulkan berbagai simptom atau gangguan tenaga (penyakit) menjadi terlalu tinggi atau rendah. Penyakit adalah salah satu bentuk tenaga, manakala tenaga adalah cahaya dan cahaya itu adalah warna.

Dengan menjadikan konsep warna dalam kehidupan anda, anda sebenarnya mengenali diri anda dan akan mula mengenali personaliti anda. Perhatikan dengan mata hati dan minda yang terbuka luas tentang warna dalam pengertian penyakit dan banyak lagi. Kenalilah warna diri anda.

Anda tergolong dalam warna diri yang mana? Adakah anda dinaungi warna Putih, Merah Jambu, Hijau atau Biru? Warna-warna ini adalah warna luaran atau dikenali sebagai Aura yang tidak kelihatan yang bertindak sebagai perisai halus atau benteng diri bagi setiap individu. CVT mengkategorikan warna-warna tersebut mewakili empat level diri manusia iaitu Level Spiritual (putih), Level Emosi (merah jambu), Level Mental (hijau) dan Level Fizikal (biru).

Level diri ini secara umumnya menggambarkan keadaan kekuatan dan kelemahan diri pemiliknya. Dengan mengetahui rahsia level diri ini, kita boleh mengenal pasti kekuatan, kelebihan diri serta kelemahan yang dialami atau yang akan dilalui pada masa hadapan. Melaluinya juga kita dapat mengenali sikap personaliti psikologi positif dan negatif kita dan dapat membantu untuk mengeksploitasi kelebihan pada diri kita dan mengelakkan penyakit yang mungkin kita alami.

Perlu dijelaskan bahawa penyakit yang dialami adalah berpunca daripada ketidakseimbangan sel yang berlaku di dalam sesuatu organ tubuh. Mengawal keseimbangan kesemua sel-sel di dalam organ ini secara berkesan dapat mengelakkan diri daripada dijangkiti penyakit.

Bagi memahami istilah di atas, kelebihan bermaksud kekuatan yang wujud secara semulajadi dalam diri. Kelemahan adalah penyakit yang sedang dialami atau akan dialami pada masa hadapan sekiranya simptom awal penyakit tidak dikawal.

Sikap personaliti psikologi (positif) adalah sifat semulajadi yang diwarisi pada diri dan perlu dibentuk (elok dieksploitasi). Manakala sikap negatif perlu diusahakan supaya hilang dari diri. Ini perlu kerana sikap negatif ini adalah menjadi punca bermulanya penyakit pada diri. Penyakit sebenarnya bermula dari tahap simptom, kemudian menjadi penyakit minor sebelum menjadi major (kronik). Apabila ini berlaku akan memakan masa yang agak lama untuk penyembuhan.

Carta Warna Diri

Spiritual (Warna Diri - Putih)

Anda merupakan seorang yang amat peka dengan suasana dan bijak membaca situasi sehingga anda mampu menjadi seorang perancang dalam pelbagai bidang. Mempunyai keyakinan yang tinggi dan berpotensi menaikkan semangat orang lain. Layak menjadi ketua kerana mempunyai karisma sebagai seorang pemimpin. Cekal serta tabah dalam mengharungi perjuangan hidup. Amat berminat dalam seni muzik. Anda sentiasa ingin mendahului orang lain. Boleh memegang amanah.

Gaya Berfikir

Individu bertahap spiritual bersifat mengambil bahagian dalam mana-mana aktiviti, pemberi galakan, berkebolehan dalam memahami dan berkongsi perasaan dengan orang lain (empati), interpersonal, idealistik dan beremosi. Ia mempunyai tahap sensitiviti yang tinggi dan cenderung ke arah kesenian dan kerohanian. Ia sangat bagus dalam membangunkan sesuatu yang ideal dan merealisasikan imej-imej yang bersepadu. Mereka juga cenderung ke arah memotivasi rakan-rakan. Mereka suka melawan pandangan-pandangan yang konvensional dan tradisional dan lebih berminat berfikir secara spekulatif.

Elemen - Angin; Unsur - Nitrogen; Sifat - Hening; Golongan - Syariat

Emosi (Warna Diri - Merah Jambu)

Anda merupakan seorang yang periang dan mempunyai pemikiran yang terbuka. Anda memahami perasaan orang lain dan begitu rasional dalam membuat sebarang keputusan yang lebih menguntungkan dan bertahan dalam jangka masa panjang. Anda juga seorang yang matang dalam kehidupan dan mempunyai sifat pemurah. Anda tersendiri dan meminati bidang kreatif. Anda mempunyai kuasa membuat berbagai jenis perubahan demi perubahan yang drastik dan berterusan.

Gaya Berfikir

Individu-individu bertahap emosional bersifat imaginatif, inovatif, intuitif, artistik dan berfikir berasaskan visual. Mereka sangat bagus dalam kebolehan-kebolehan sintesis dan konseptual. Mereka juga mempunyai pandangan yang bersepadu dan lebih komprehensif di dalam apa-apa keadaan / situasi dan masalah. Mereka berkebolehan dalam membuat pertimbangan, mempunyai pandangan luas dan berfikir secara strategik. Mereka bagus dalam mengumpul, menggabung, membanding dan menyusun semula idea-idea yang membolehkan mereka melahirkan konsep-konsep yang unik dan dinamik. Mereka lebih suka bekerja secara bebas, mengikuti cara mereka sendiri berbanding melihat penyelesaian yang telah sedia ada dan sering mengambil risiko dan memecah tradisi yang menghalang / melembabkan kemajuan.

Elemen - Api; Unsur - Oksigen; Sifat - Sabar; Golongan - Tariqat

Mental/Minda (Warna Diri - Hijau)

Anda seorang yang kuat berfikir dan mempunyai daya ingatan yang tinggi. Anda bijak dalam membuat analisa dan merangka objektif sesuatu gerak kerja. Selain dari itu, anda bijak dalam membuat perkiraan dan untung-rugi dalam jangka masa yang dekat. Dari segi pergaulan anda mudah bergaul dengan sesiapa sahaja kerana anda seorang yang peramah tetapi berhati-hati dengan tutur kata.

Gelongan mental yang dikuasai oleh elemen air ini amat peka atau sensitif terhadap sesuatu getaran luaran. Begitulah proses pembelajarannya juga begitu cepat tetapi perlu berhati-hati dengan telatahnya yang melulu.

Gaya Berfikir

Individu yang bertahap mental dikategorikan sebagai individu yang berfikiran logik, analitik, rasional, objektif dan kritikal. Mereka ini amat berbakat dalam bidang-bidang teknikal dan kuantitatif. Mereka menggunakan keputusan yang praktikal dan mempunyai pandangan yang empirik dan jelas terhadap sesuatu masalah dan situasi. Mereka sangat bagus dalam mengendalikan situasi-situasi yang konkrit dan ketepatan yang kuantitatif.

Elemen - Air; Unsur - Hidrogen; Sifat - Ihklas; Golongan : Hakikat

Fizikal (Warna Diri - Biru)

Anda seorang intelektual dan berjaya dalam akademik. Anda juga seorang yang agresif dan mempunyai pandangan jauh dan berwawasan. Keterampilan anda penuh gaya dan kemas serta mempunyai cita-cita tinggi dalam kerjaya dan hidup. Anda layak menjadi ketua kerana ketegasan serta sifat penguasaan anda. Selain dari itu anda mempunyai kebolehan fizikal yang mengagumkan terutama bersukan serta kerja berat. Anda seorang yang kuat bekerja.

Gaya Berfikir

Individu bertahap fizikal bersifat praktikal, pragmatik, membuat keputusan, realistik, tersusun dan berasaskan terperinci. Mereka mencari penyelesaian yang memenuhi keperluan terkini, bijak dalam mengatur taktik dan suka mencari jalan singkat untuk berjaya. Mereka sangat bagus dalam menyusun agenda dan suka membangunkan jadual-jadual dan plan-plan tindakan. Mereka biasanya menerima nilai-nilai konvensional dan menyediakan kestabilan dan struktur di dalam organisasi mereka.

Elemen - Tanah; Unsur - Karbon; Sifat - Hening; Golongan - Makrifat

Tiada ulasan: