Selamat Datang ke Blog Kekal Muda



Blog ini mengandungi info dan rujukan mengenai ilmu Color Vibration Therapy(CVT). CVT merupakan ikhtiar untuk merawat pelbagai jenis penyakit termasuk kritikal, kronik dan yang dianggap oleh rawatan alopati sebagai tiada harapan untuk sembuh seperti kanser dan sebagainya. Oleh itu, amat wajar untuk kita menyatakan bahawa CVT adalah alternatif kepada rawatan alopati.

Sebarang pertanyaan atau pesanan produk bolehlah diajukan kepada :

Muhammad Wafi Mohd Noor
14, Lebuh Wira Jaya,
Taman Rapat Setia Baru,
31500 Ipoh, Perak.

No HP : 017-5265105
Email : wafi_17@yahoo.com
YM id : nistelro0y / wafi_17@yahoo.com

4 Ogo 2007

NW - Natural Wave

Ia bertindak menerusi sistem "neuro" iaitu penghantaran isyarat (impuls) melalui "neurotransmetter" ke ruang sel-sel yang tidak seimbang. Bermula dari deria rasa lidah, impuls dihantar ke hipothalamus sebagai stesen geganti melalui neurontransmetter yang terdapat pada sel-sel neuron sebelum ke Kelenjar Pitutari untuk dianalisis dengan terpeinci. Setelah itu, ia dihantar ke Kelenjar Pineal untuk pengesanan dan kemudiannya otak menghantar impuls ke bahagian hati untuk merembeskan getaran bagi merawat bahagian yang dijangkiti penyakit.

Bahan dalam NW

Colour Vibration Therapy mengesani bahawa sebahagian besar penyakit berpunca daripada gula berat yang diambil oleh pesakit di dalam pemakanannya. Oleh itu, "pasangan" rawatannya adalah daripada gula juga iaitu gula ringkas yang mudah hadam yang dipanggil glukosa.

Dengan rasa manis ini pesakit dapat memfokuskan setiap formula yang diambil bagi memudahkan proses menembusi ruang-ruang sel berkalu tanpa disedari.

Umpamanya Formula NW13 untuk Buah Pinggang, jika ketika itu buah pinggang berkeadaan baik, tiada isyarat yang dihantar ke Kelenjar Pineal kerana Kelenjar Pitutary menyekat isyarat tersebut disebabkan Kelenbjar Pineal hanya menerima maklumat-maklumat yang tidak seimbang sahaja. Oleh itu, apabila Formula NW diambil, akan berlaku kesan memfokus (tumpuan kepada ketidakseimbangan sel-sel sekiranya berlaku).

Faktor Air Liur Mempengaruhi Frekuensi Formula NW

Colour Vibration Therapy menganjurkan pengambilan Formula NW dilakukan ketika perut kosong (sebelum mengambil sebarang makanan). Pada waktu ini air liur tidak dicemari oleh benda-benda asing (bakteria, makanan masam atau berasid) yang boleh mengubah frekuensi NW dan berlaku tindak balas kimia. Pengunyahan ke atas Formula NW juga boleh mengubah frekuensinya. Oleh itu, disarankan pengambilan Formula NW ini memadai dikemam di lidah sahaja.

Air Sebagai Perakam Terbaik

Pengambilan Formula NW jauh lebih baik dan berkesan malah merendahkan range (riak frekuensi) nya sekiranya diambil melalui perantaraan air sejuk. Formula NW yang dimasukkan ke dalam segelas air sejuk akan menyebarkan frekuensinya ke seluruh ruang dalam air tersebut. Semakin banyak isipadu air yang digunakan maka semakin rendah range nya. Semakin rendah suhu air maka semakin tinggi tekanannya. Air yang terbaik ialah air yang mengandungi meneral ringan yang berion negatif atau bersifat alkali. Ion negatif adalah resonan dengan frekuensi Formula NW yang membawa frekuensi pada skala warna boleh nampak (visible light) yang menyamai frekuensi organ-organ dalam tubuh badan manusia.

Tiada ulasan: