Selamat Datang ke Blog Kekal Muda



Blog ini mengandungi info dan rujukan mengenai ilmu Color Vibration Therapy(CVT). CVT merupakan ikhtiar untuk merawat pelbagai jenis penyakit termasuk kritikal, kronik dan yang dianggap oleh rawatan alopati sebagai tiada harapan untuk sembuh seperti kanser dan sebagainya. Oleh itu, amat wajar untuk kita menyatakan bahawa CVT adalah alternatif kepada rawatan alopati.

Sebarang pertanyaan atau pesanan produk bolehlah diajukan kepada :

Muhammad Wafi Mohd Noor
14, Lebuh Wira Jaya,
Taman Rapat Setia Baru,
31500 Ipoh, Perak.

No HP : 017-5265105
Email : wafi_17@yahoo.com
YM id : nistelro0y / wafi_17@yahoo.com

4 Ogo 2007

Keajaiban Piramid

Info Piramid

Geomansi Islamik

Geomansi Islamik menyatakan bahawa bentuk atau sesuatu rupabentuk itu sebenarnya mempengaruhi keabadian tenaga terhadap sesuatu benda atau perkara yang berada di sekeliling kita. Geomansi dalam susun atur sesuatu benda yang berbentuk akan menghasilkan tenaga dalam bentuk dan ukuran zarah di mana dengan sendirinya ia akan menjadi cabang ilmu menurut Fizik Kuantum yang membicarakan berbagai jenis persoalan dalam dunia atom yang sentiasa bergetar. Ujikaji kesan fotoelektrik pada tenaga cahaya di dalam ruang tertentu samaada di dalam atau di luar rumah kita mendapati akan adanya sifat-sifat bagi gelombang.

Sebab itulah kita secara sedar atau sebaliknya apabila mengunjungi tempat-tempat kediaman tertentu kita akan dapat merasai gema dalam bentuk getarannya dengan kesan seperti menyeramkan pada ruang yang suram atau muram tanpa keserian auranya.

Rumah sebegitu kelihatan pudar atau malap dan tidak menarik hati. Suasana sepi dan sayu dapat dirasai menyelubungi suasana persekitaran rumah itu. Ketidakhadiran tenaga dalam bentuk gelombang cahaya dalam ruang tertentu akan memberi kepincangan dalam mewujudkan dwisifat atau karakter suasana rumah tersebut.

Keadaan ini sekiranya berterusan dan tidak dapat dikesan bentuk-bentuk pada ruangan lesu yang tidak menghasilkan kesan fotoelektrik yang baik, akhirnya atau lama-kelamaan akan mempengaruhi spirit (semangat), emosi dan mental malah sehingga ke tahap fizikal penghuni rumah yang mungkin alah kepada tenaga buruk tersebut.

Geomansi Islamik mempunyai prinsip yang dikenali sebagai ‘prinsip komplimentari’ yang menyatakan bahawa setiap sesuatu kejadian itu adalah saling melengkapi dan mempengaruhi secara berpasang-pasangan dan akhirnya menghasilkan hukum dalam dwisifat ruang-ruang tertentu.

Pengaruh Bentuk Kepada Rekaan Bumbung Bangunan.

Bumbung Berbentuk Piramid

  1. Mempengaruhi tahap fizikal seseorang.

  2. Mempengaruhi kekuatan bahagian tulang, otot dan sistem saraf seseorang.

  3. Lambang kestabilan.

  4. Animasi kehidupan yang lebih meyakinkan, optimistik, kecenderungan, berkemahiran dan mempunyai daya amisilatif yang tinggi

Bentuk Kubah/Bulat

  1. Bentuk ini tidak sesuai bagi sesebuah tempat tinggal.

  2. Bersifat spiritual/keruhanian yang lebih sesuai untuk bangunan ibadah (masjid) atau rumah ibadah yang lain.

  3. Mewujudkan keadaan keheningan dan khusyuk.

  4. Namun mudah didatangi rasa mengantuk dan tidak dapat memberi kekuatan kepada tenaga tahap fizikal jika berterusan dan terlalu lama berada di dalam ruang berbentuk ini.

Bentuk Piramid Secara Saintifik

Piramid merupakan suatu model atom yang nyata serta meliputi kajian di dalam bidang sains fizik kuantum. Setiap atom akan menghasilkan getaran yang bertenaga menurut ukuran yang tertentu dan konsisten. Bagi sesebuah piramid yang dibina menurut ukuran-ukuran panjang dan sudutnya yang tepat seperti pada sisi ke atas dan tapaknya, ia akan menghasilkan getaran-getaran tenaga yang menyamai getaran seperti yang terdapat pada model atom yang tersusun menurut tahap-tahap tertentu. Getaran ini sebenarnya menghasilkan gema yang konsisten dan boleh digunakan untuk tujuan-tujuan kebaikan. Adalah didapati gema di puncak sesebuah piramid adalah tidak terhingga ukurannya (infiniti).

Piramid adalah suatu elemen dalam rahsia bentuk yang menyerap cahaya putih dan menukar atau memecahkannnya kepada tujuh spektrum warna seperti warna pelangi melalui proses-proses tekanan dan pemindahan tenaga. Ketujuh-tujuh spektrum warna ini akan bertukar kepada warna putih apabila digabungkan semula. Oleh kerana piramid memiliki daya tarikan dan keupayaan menyerap, mengumpul, memproses dan menyimpan ketujuh-tujuh spektrum warna pelangi ini, maka piramid itu sendiri adalah seumpama cahaya putih. Dengan kata lain, cahaya warna putih itu sendiri adalah suatu bentuk pemusatan tenaga di dalam rahsia piramid sebagai suatu tahap mutlak.

Tubuh manusia pula apabila diukur melalui prinsip warna, juga memiliki tujuh spektrum warna mengikut susunan yang sangat tertib dan teratur. Justeru terdapatnya keseimbangan daripada unsur luaran seperti piramid yang boleh digunakan untuk memperbaiki susunan warna di dalam tubuh seseorang sekiranya terdapat kepincangan atau penyakit. Ini adalah kerana sesuatu penyakit yang berlaku ke atas tubuh akan samaada memudarkan dan mengurangkan kekuatan warna selain mengubah susunan warna di dalam tubuh.

Piramid adalah suatu penciptaan yang menurut kepada prinsip ‘kebendaan’, kehidupan, keseimbangan, kestabilan, kekukuhan dan kekekalan . Ia juga merupakan sebuah dimensi kehidupan yang relatif atau berkaitan dengan alam semesta. Masa dan ruang adalah relatif di dalamnya. Ketika piramid dilihat kekal dalam bentuknya, masa atau gema sebenarnya lebih menguasai ruang itu. Spektrum cahaya yang terbentuk adalah sempurna dan lengkap amat memberi kebaikan kepada kehidupan khususnya manusia.

Ruangan ini didapati mempunyai masa malar (tetap) untuk mengekalkan tahap kesihatan seseorang yang berada di dalamnya. Selain itu, ruang ini juga mempunyai tekanan dan daya graviti serta suhu yang stabil pada tahap yang diperlukan oleh manusia untuk kestabilan dan keseimbangan keseluruhan. Justeru piramid juga sebenarnya boleh mempengaruhi benda-benda atau jisim di persekitarannya.

Keadaan ini memberikan rasa bersemangat, ceria dan bertenaga bahkan membentuk suatu benteng pertahanan daripada anasir buruk dalam bentuk gelombang atau radiasi yang mencemarkan seperti pengaruh elektromagnetik yang berfrekuensi tinggi dan merosakkan tanpa disedari.

Bentuk ini lebih sesuai dijadikan bumbung bagi tempat tinggal atau tempat kerja dan dikhususkan untuk bahagian atau ruang tamu namun tidak sesuai jika direka sebagai bumbung di atas ruang bilik tidur.

Bentuk piramid dapat menghasilkan daya pemusatan energi melalui daya kekuatan minda seseorang. Sesuai untuk terapi pemusatan (meditasi) yang boleh menyembuhkan sesuatu penyakit menurut kaedah tertentu. Ia juga mempunyai kuasa keserentakan masa dalam hukum keseimbangan.

Antara Manfaat dan Halangan

  • Ia adalah lambang kekuatan, keluhuran dan kesucian bagi kehidupan.

  • Segala perkara yang difokuskan akan tertarik ke dalam diri seseorang yang berada di dalamnya.

  • Sesuatu yang dikatakan jisim yang diimiginasikan akan menjadi solid atau nyata.

  • Namun tidak boleh mengharap akan perkara atau jisim yang diinginkan.

  • Dan tidak boleh pula melakukan perkara atau perbuatan yang negatif, tidak berlaku adil atau perkara khurafat. Ini adalah kerana di dalam ruang yang berbentuk piramid, tenaga yang terbentuk boleh mengghaibkan sesuatu yang bersifat khurafat, bidaah atau sebarang perbuatan buruk.

Tiada ulasan: