Selamat Datang ke Blog Kekal Muda



Blog ini mengandungi info dan rujukan mengenai ilmu Color Vibration Therapy(CVT). CVT merupakan ikhtiar untuk merawat pelbagai jenis penyakit termasuk kritikal, kronik dan yang dianggap oleh rawatan alopati sebagai tiada harapan untuk sembuh seperti kanser dan sebagainya. Oleh itu, amat wajar untuk kita menyatakan bahawa CVT adalah alternatif kepada rawatan alopati.

Sebarang pertanyaan atau pesanan produk bolehlah diajukan kepada :

Muhammad Wafi Mohd Noor
14, Lebuh Wira Jaya,
Taman Rapat Setia Baru,
31500 Ipoh, Perak.

No HP : 017-5265105
Email : wafi_17@yahoo.com
YM id : nistelro0y / wafi_17@yahoo.com

4 Ogo 2007

Kaedah Diagnosis Applied Kinesiologi (AK)

CVT meletakkan kepercayaan sebagai asas pertama dalam sesuatu pengamalan termasuk kinesiologi ini sebelum sebarang bentuk pemikiran yang mencari-cari jawapan. Selepas kepercayaan itu, penumpuan atau fokus dengan kadar konsisten pada masa yang sama akan mencipta pemikiran yang bersih serta dapat mencari rahsia ilmu yang ingin diperolehi. Kepercayaan adalah cahaya yang memancar dan ianya tidak mampu difahami rahsia dan keadaannya berbanding jisim dengan seribu satu logik dan fakta yang semakin banyak sebenarnya semakin mengelirukan.

Kaedah diagnosis ujian gerak balas otot tangan (kinesiologi) yang diamalkan oleh CVT dalam mengesan atau mencari kelemahan atau punca penyakit adalah satu cara yang paling praktikal di dalam mendapat jawapan secara rifleks yang mana titik tenaga akan terjawab melalui interaksi dalaman di bawah sedar. Segala jawapan bukan dilahirkan melalui minda sedar. Minda di bawah sedar dikuasai di bahagian ANS atau otak kecil (serebelum) diisyaratkan pada penyilangan nadi (spinal nerve) yang terus menerus ke pusat kawalan di bawah sedar. Jawapan ini akan menghasilkan keputusan yang bebas daripada asas logik akal yang terhad.

Kinesiologi ini sebenarnya adalah refleks suara hati yang memberi gerak balas pelepas (niat) dan gerak balas perencat (otot tangan) tanpa dapat dicerobohi oleh elemen-elemen asing. Suara hati adalah ilham yang datang terus dari Ilahi. Bisikan suara hati akan diuji dengan dua pilihan iaitu mendengar dengan ilham Ilahi atau kita menuruti nafsu yang mendorong ke jalan yang salah dan akhirnya penyesalan berlaku bukannya kesyukuran. Oleh itu metod kinesiologi ini adalah konsep penyerahan sepenuhnya kepada Ilahi dalam usaha mengenal pasti punca masalah yang dihidapi oleh pesakit. Ia bukan kuasa magis atau menggunakan amalan-amalan tertentu.

Mereka yang tidak menggunakan 100% penyerahan yang tulen di dalam diagnosis kinesiologi akhirnya akan kehilangan tenaga konsentrasi. Daya fikiran yang suci akan menjadi pendinding kepada diri anda sendiri. Melalui diagnosis kinesiologi yang tulin sebenarnya anda berhadapan dengan tenaga suci yang akan menurut segala perintah dan arahan yang anda berikan. Mengambil kesempatan dengan cara berbohong dalam diagnosis ujian gerak balas otot tangan akan mempengaruhi persekitaran dan menyebabkan tenaga (roh) suci dalaman anda akan membohongi diri anda semula.

Sebenarnya seluruh pancaindera dan bahagian-bahagian dari segenap anggota tubuh kita dapat diperintahkan termasuk segala perkara yang berkaitan dengan sistem fisiologi tubuh. Anggota dalaman dan luaran tidak pernah ingkar apatah lagi kepada pendiagnos yang benar-benar berhati mulia, ikhlas dan mempunyai daya tumpuan yang cukup tinggi.

Aspek Asas Dalam Diagnosis AK

Diagnosis AK sebenarnya seperti proses suatu sistem pentadbiran di dalam otak yang mengawal dan menyelaraskan segala aktiviti tubuh. Terdapat beberapa unit di dalam sistem yang bertanggungjawab menyelesaikan setiap maklumat yang diterima.

Tangan kiri pendiagnos dijadikan reseptor atau penerima maklumat manakala tangan kanan pesakit akan melaksanakan gerak balas atau tidakan selepas menerima arahan daripada otak.

AK juga dikategorikan sebagai kaedah penyiasatan secara saintifik melalui kerohanian seseorang. Ia memerlukan nilai-nilai murni dan suci bagi mendapat jawapan yang tepat.

Kekunci Utusan Lintasan Impuls:

  1. Jawapan akan diperolehi secara automatik tanpa perlu pemikiran otak

  2. Pesakit tidak perlu mempelajari kaedah ini. Ia datang dengan sendiri dan berlaku tanpa disedari.

  3. Jawapan adalah tersangat pantas apabila dikenakan isyarat.

  4. Tidak terikat kepada perkataan yang disuarakan

  5. Lebih pada maksud yang tercetus daripada niat

AK menggunakan gelombang magnetik/gema bunyi daripada niat seseorang. Ia boleh dibandingkan sebagai bunyi dengan not yang sangat rendah tanpa perlu bersuara.

Apabila seseorang bersuara, gelombang yang terbentuk adalah gelombang radio yang mempunyai banyak kelemahan daripada segi penghantaran dan penerimaan. Isyarat audionya perlu difokuskan supaya dapat diperkuatkan bagi tujuan tertentu.

Isyarat pembawa dalam proses AK yang tidak dikehendaki sebagai maklumat akan dibumikan. Ini menjadikan proses AK lebih tepat, bersih dan terelak daripada sebutan/maklumat yang salah.

Tangan Kanan sebagai pengawal – rifleks pemancar yang menggunakan sistem saraf periferi bagi mengawal segala tindakan terkawal dalam berbagai bentuk pergerakan. Ia juga dipengaruhi oleh sistem saraf soma dan autonomik.

Sistem Saraf Pusat

  1. AK merupakan kaedah diagnosis yang menggunakan peraturan sistem saraf menguja.

  2. Penerima dan pentafsir impuls saraf dari reseptor dan juga organ deria.

  3. Penerima – pentafsir

  4. Pusat kawalan dan penyelarasan

  5. Mengawal aktiviti tubuh

  6. Pusat kawalan tindakan refleks

  7. Vertebra membentuk komponen yang disusun secara bersiri untuk membentuk tulang belakang.

Proses AK di dalam menggunakan kaedah penghantar dan penerima isyarat yang digerakkan oleh neuron sebagai unit asas bagi sistem saraf. Dendron dan dendrite menerima impuls/utusan sebelum menghantarnya ke badan sel.

Kaedah diagnosis ini boleh dipelajari melalui kursus peringkat asas CVT (CVTEC). Terdapat beberapa pra-syarat dan latihan yang perlu difahami dan diikuti terlebih dahulu sebelum mempraktikkan kaedah ini.

Tiada ulasan: